Apa Kesudahan Skandal Isteri Muda Shafie Apdal?


Isu lama yang kembali menghantui tokoh politik Sabah, Shafie Apdal, kini mencuri perhatian semula apabila video lama bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin kembali tular di media sosial. Dalam video itu, Zuraida secara terbuka mendedahkan butiran mengejutkan mengenai skandal kemewahan yang dikaitkan dengan Shafie dan isteri mudanya, pelakon Zahida Rafik.

Menurut pendedahan tersebut, terdapat aliran wang dalam jumlah yang besar yang dikatakan digunakan untuk membiayai gaya hidup mewah Zahida ketika Shafie masih menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Walaupun isu ini pernah senyap suatu ketika dahulu, kini ia kembali menjadi persoalan awam apakah kesudahannya dan apakah tindakan pihak berkuasa?


Rakyat berhak tahu kebenaran di sebalik pendedahan ini, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan dana awam dan penyalahgunaan kuasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh terus membisu. Kes seperti ini tidak boleh dibiarkan terperap di laci tanpa penyelesaian yang telus. Jika benar dakwaan tersebut, rakyat berhak melihat keadilan ditegakkan; jika tidak benar, nama baik semua pihak juga perlu dibersihkan.

Prinsipnya mudah, rasuah tidak ada tarikh luput. Sama ada berlaku semalam, sepuluh tahun lalu atau dua puluh tahun lalu, kebenaran tetap perlu ditegakkan.

Integriti seorang pemimpin diuji bukan pada masa dia berkuasa tetapi pada bagaimana dia menjawab tuduhan terhadap dirinya setelah rakyat mula menuntut jawapan.

Kini bola berada di gelanggang SPRM. Adakah mereka berani membuka semula siasatan dan mendedahkan hasil penuh kes ini atau sekali lagi, rakyat hanya akan disajikan dengan kisah yang hilang di tengah jalan tanpa penjelasan, tanpa tindakan?

Setiap skandal, bukan sekadar nama yang dipertaruhkan, tetapi kepercayaan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan negara.

Rakyat Sabah mempertaruhkan masa depan mereka lagi sekali untuk 5 tahun akan datang dan layakkah Shafie Apdal dipilih sebagai Ketua Menteri sedangkan beliau bergelumang dengan perkara yang belum selesai.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.