Siapa ‘Sucikan’ DAP: UMNO, PAS Atau PPBM?


Sejarah tidak pernah berbohong termasuk sejarah politik Malaysia. 

PAS dan PPBM sedaya upaya cuba menutup sejarah bagaimana mereka bekerjasama dengan DAP tanpa sebarang perjanjian konkrit. Mereka, PAS dan PPBM hanya meletakkan keutamaan ‘kuasa’ sahaja dalam kerjasama politik mereka. Baca di SINI dan di SINI tentang perjanjian UMNO ketika ingin membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimana PAS dan PPBM boleh menerima DAP:-

1. PAS menggunakan istilah di dalam Bahasa Arab supaya ‘berbunyi agama’ untuk mengelirukan ahli dan penyokongnnya serta umat Islam di negara ini.

Dari Takfir ke Tahaluf Siyasi

Takfir bermaksud mengisytiharkan seseorang sebagai kafir (keluar daripada Islam)

Tahaluf Siyasi bermaksud kerjasama politik.

Dahulu Menyerang (Takfir): PAS pernah menuduh DAP anti-Islam, anti-Melayu, menolak negara Islam dan hukum hudud.

Kemudian Menyucikan dengan ‘fatwa’ Tahaluf Siyasi:
2013–2015: PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

PAS mempertahankan kerjasama dengan DAP atas prinsip “Tahaluf Siyasi” (kerjasama politik).

Hadi Awang sendiri duduk sepentas dengan Lim Guan Eng dan KIt Siang dan mempertahankan kerjasama itu dalam PRU13. Ketika DAP dituduh anti-Melayu oleh UMNO, PAS menjadi perisai DAP dengan menyebut:

“Kita hanya bersama untuk tumbangkan kezaliman, bukan jual agama.”

Namun hubungan PAS-DAP tidak lama, tahun 2015, PAS memutuskan hubungan dengan DAP ketika era gagasan Pakatan Rakyat.

Sejak daripada itu, PAS kembali menyerang DAP, malah menyamakannya dengan kuasa kafir harbi, liberalis, dan musuh Islam.

2. PPBM: Serang Masa Lawan, Jilat Bila Kawan

PPBM ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin selepas keluar dari UMNO. Serangan terhadap DAP dijadikan taktik mengumpul sokongan Melayu.

Tetapi pada tahun 2018, PPBM menyertai Pakatan Harapan bersama DAP. Dan mereka menang pada PRU14. Mahathir jadi Perdana Menteri dengan sokongan besar daripada DAP.
Ketika itu PPBM mempertahankan DAP sebagai rakan kabinet, malah ada menteri DAP dalam portfolio penting (Kewangan, Pengangkutan).

Pemimpin BERSATU waktu itu menegaskan bahawa “DAP bukan anti-Melayu, itu propaganda UMNO.”

Namun pada tahun 2020 berlaku Langkah Sheraton yang menyebabkan BERSATU keluar dari PH.

Sejak daripada itu, BERSATU kembali menyerang DAP dan melabelkannya sebagai ancaman kepada Islam, institusi Raja, dan Melayu.

Kini, apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan, PAS dan PPBM mula membina naratif menanam kebencian dengan mendakwa UMNO "cuci dosa" DAP dengan tujuan melemahkan sokongan Melayu-Islam.

Bagaimana dengan UMNO - DAP?

UMNO tidak pernah menafikan sejarah pertembungan politiknya dengan DAP.

UMNO bertembung ideologi, prinsip dan pendekatan dengan DAP. Malah UMNO mengkritik dan menyerang kerana pada ketika itu mereka adalah lawan politik yang jelas bertentangan dengan perjuangan UMNO.

Kini di dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, UMNO meletakkan sepuluh syarat hitam-putih dalam Kerajaan Perpaduan: Islam agama Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja, Bahasa Melayu, MA63 dan hak Bumiputera dipertahan. Dokumen ini mengikat DAP serta rakan gabungan.

Faktanya, ini kali pertama DAP menandatangani satu dokumen dengan komitmen jelas terhadap agenda Melayu-Islam.

Kesimpulannya UMNO bukan tunduk, UMNO menetapkan peraturan, dan semua parti lain terpaksa menghormatinya.

PAS-PPBM terpaksa berhempas pulas menutup sejarah kerjasama mereka dengan DAP yang tidak pernah ada butiran perjanjian yang jelas berkenaan kedaulatan Islam, Raja Melayu, Perlembagaan Negara, Bangsa Melayu dan Bumiputra.

Sekali dua, orang Melayu akan termakan dengan hasutan ‘UMDAP’ tetapi akhirnya rakyat dan pengundi mula terjemahkan keberadaan UMNO BN di dalam Kerajaan Perpaduan di beberapa pilihanraya kecil yang lalu, Baca di SINI.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.