Naratif yang dibina oleh musuh politik UMNO BN bagi menanam kebencian dan menjauhkan sokongan orang Melayu kepada UMNO adalah dengan menggunakan keberadaan DAP di dalam Kerajaan Perpaduan.
Gambaran seperti “UMNO menjual diri kepada DAP”, “Hilangnya maruah Melayu dan Islam kerana menjalinkan ubungan dengan DAP” dan pelbagai persepsi jahat hanyalah bertujuan untuk menghilangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Tiada parti politik yang terasnya terhadap orang Melayu melainkan UMNO maka doktrin “UMDAP” yang terarah kepada kononnya UMNO dan DAP ‘bercium mulut’ perlu tanam di dalam pemikiran orang Melayu.
Terbaharu, PAS melalui Mursyidul AMnya telah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa “Memperjuangkan Melayu itu adalah perjuangan Islam”. Ini sama sekali berbeza dengan pegangan PAS selama ini terutama kenyataan dari bekas Muryidul Am mereka, arwah Nik Aziz iaitu “Perjuangan UMNO adalah perkauman. Nabi tidak pernah ajar perjuangan berdasarkan kaum”.
Malah Presiden PAS, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan kenyataan “UMNO memperjuangkan bangsa, tetapi PAS memperjuangkan Islam yang menyelamatkan semua bangsa”
Kenapa tiba-tiba sahaja Mursyidul Am PAS mengeluarkan ‘fatwa’ yang begitu menyimpang dari pegangan Hadi dan arwah Nik Aziz? Jawapannya mudah, PAS di dalam keadaan yang amat terdesak di dalam meraih sokongan bangsa Melayu setelah kalah berturut-turut di beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini.
PAS bersama dengan gagasan Perikatan Nasional kalah teruk di pilihanraya kecil:-
1. PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor
2. PRK Simpang Jeram, Johor
3. PRK Nenggiri, Kelantan
4.PRK Pelangai, Pahang
5. PRK Mahkota, Johor
6. PRK Ayer Kuning, Perak
Dari keputusan pilihanraya kecil ini, terbukti bahawa isu hubungan UMNO-DAP, “UMDAP” tidak mujarab untuk menghakis sokongan orang Melayu terhadap UMNO.
Rakyat mula sedar, hakikatnya UMNO tidak tunduk kepada DAP. UMNO menandatangani Perjanjian Persefahaman hitam-putih yang meletakkan Islam, Raja-Raja, Bahasa Melayu dan MA63 sebagai syarat mutlak kerajaan.
Tiada parti lain pernah mengikat DAP dengan perjanjian sejelas ini. Malah tanpa UMNO, siapa yang akan mengawal agenda Melayu dalam Kabinet?
Dan UMNO tidak pernah bergabung dengan DAP. UMNO bersama 18 parti politik gabungan yang lain membentuk Kerajaan Perpaduan.


Comments
Post a Comment