Dalam kekalutan politik yang dibungkus dengan serban dan slogan, ramai yang keliru antara payung sebenar umat Melayu dan bayang-bayang kosong yang hanya membawa retorik tanpa isi.
Ketika ada yang kononnya menawarkan “perlindungan Islam”, tetapi gagal membina ekonomi Melayu. Ketika ada yang melaungkan “kebangkitan umat”, tetapi diam membisu ketika Melayu dirobohkan dari dalam.
Maka kini tiba masanya untuk umat Melayu kembali berpayung di bawah naungan sebenar: UMNO, satu-satunya institusi politik yang terbukti konsisten membela Melayu dan Bumiputera sejak sebelum merdeka.
UMNO: Payung Yang Terbukti Kukuh
UMNO bukan parti yang muncul dari pentas ceramah, tetapi parti yang lahir dari darah perjuangan sebenar.
1957 – UMNO menjadi nadi utama kepada kemerdekaan negara, memerdekakan Melayu dari penjajahan.
1970-an – UMNO mempelopori Dasar Ekonomi Baru (DEB), membuka peluang kepada Melayu dalam pendidikan, perumahan dan korporat.
1990-an – UMNO melahirkan generasi korporat Melayu, melonjakkan pegangan ekonomi yang sebelum itu hampir kosong.
Kini – UMNO kekal memperjuangkan kestabilan, menolak ekstremisme agama, serta mengangkat Melayu melalui dasar yang realistik, bukan retorik khutbah semata.
Parti Serban, Tetapi Melayu Terpinggir
Ada parti lain kononnya mahu jadi payung baharu kepada Melayu. Berpakaian agama, tetapi mengkhianati amanah rakyat.
Bercakap soal “dakwah”, tetapi bercakaran sesama sendiri demi kuasa.
Menguasai negeri majoriti Melayu, tetapi gagal tangani kemiskinan Bumiputera.
Contohnya:
Kelantan: lebih 30 tahun diperintah, tetapi masalah air pun tidak selesai.
Terengganu: menyerlah kebergantungan dengan kerajaan pusat
Payung apakah ini, kalau rakyat basah kuyup setiap kali diuji?
UMNO Tidak Sempurna, Tetapi Terbukti
Benar, UMNO juga melalui fasa kejatuhan.
Tetapi tidak seperti parti yang hanya tahu menuding jari, UMNO bangkit melalui muhasabah dan reformasi dalaman.
UMNO tidak menyalahkan takdir. UMNO tidak berdalih dengan hadis.
Sebaliknya UMNO membina Kerajaan Perpaduan demi kestabilan.
Dasar ekonomi Madani untuk semua rakyat, tanpa meninggalkan Melayu.
Infrastruktur dan peluang pekerjaan melalui pelaburan berskala besar.
Parti yang matang bukan yang bersorak di tepi jalan, tetapi yang berani duduk di meja penyelesaian masalah negara.
Kembalilah Kepada Payung Yang Melindungi, Bukan Mengeksploitasi
Melayu tidak boleh lagi bersandar pada parti yang menjadikan agama sebagai alat, tetapi gagal mengangkat maruah bangsa dari segi ekonomi dan pendidikan.
Cukuplah berlindung di bawah bayang serban tanpa dasar.
Cukuplah berharap pada retorik “kita Islam, kita benar” tanpa bukti pencapaian.
Cukuplah dengan Mahathirisme.
Melayu memerlukan:
Payung yang berstruktur.
Dasar yang terbukti.
Parti yang bukan sekadar melaung, tetapi membina.
Dan payung itu bukan baru. Ia telah lama ada. Ia bernama UMNO.

Comments
Post a Comment