Video: Rafizi Terlalu Banyak Berkias, Hina Orang, Sombong, Ego Akhirnya Makan Diri

 


Syarat wajib jadi pemimpin kena ‘cool’. Tidak boleh tak tentu arah walau sebesar mana pun ujian. 

Rafizi Ramli gagal. Bagaimana beliau boleh menjadi ‘wajah negara’ jika beliau menjadi pemimpin negara?

Ujian untuk beliau tidak sebesar mana pun. Rafizi menunjukan belang sebenar perangainya dan beliau berbangga dengan sikap ego, sombong dan bongkak. Malah beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak mampu mengubah lagi perangai buruknya itu.

Anda boleh lihat sendiri kenyataan yang membuka pekung parti dan meremehkan kerajaan Madani dan paling teruk mengheret Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam siri kempen ceramahnya dan diulang-ulangkan. 

Orang lain bertanding juga tetapi meletakkan suasana kekeluargaan sebagai keutamaan dan bukannya membina naratif bermusuhan sesama sendiri dengan menghina sesiapa juga yang tidak menyokongnya.

Orang lain bertanding juga dalam pemilihan parti dan tidak mengambil cuti tetapi Rafizi sebagai menteri ekonomi boleh dengan mudah ‘meninggalkan’ tanggungjawab sebagai menteri ketika negara sedang mengharungi ‘serangan Tarif Trump’ dan ini menjadi isu global.

Sepatutnya Rafizi tonjolkan kebolehan dirinya sebagai menteri ekonomi dari PH dan bukannya mengenepikan kepentingan negara hanya kerana ujian pemilihan parti.

Rafizi juga melakukan kesilapan besar dengan menyalahkan sistem pemilihan parti hanya kerana beberapa orang kuatnya kalah di peringkat cabang. Beliau menyerang secara terbuka Jawatan Kuasa Pemilihan Parti dan akhirnya apabila Timbalan Presiden sendiri membuka pekung maka ahli dan rakyat membuat andaian bahawa Rafizi menyerang Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Rafizi menyerlahkan kelemahan diri sendiri dengan membuat kenyataan terbuka bahawa beliau penat menjadi menteri.

Malah Rafizi membuat kenyataan mengelirukan yang boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Madani apabila menegaskan bahawa beliau tidak boleh bersuara dan seperti tangan diikat apabila tidak mampu memberi pandangan berbeza terhadap sesuatu isu seolah kesemua menteri kabinet adalah ‘tukang angguk’ atau ‘Yes man’ sahaja.

Sedangkan kerajaan ada saluran pengurusan komunikasi jika ingin sampaikam cadangan dan boleh memberi pandangan ketika setiap kali mesyuarat.

Berbeza pandangan dan bersama di dalam keputusan adalah gerak kerja sepasukan yang hebat dan bukannya membuat hiruk di pentas umum. Perbezaan itu hanya dalam lingkungan “these four walls”.

Bagaimana PH akan dihormati jika pemimpin mereka apabila menggelabah terus membuka aib parti, meremehkan Presiden parti dan menghina kawan yang tidak menyokongnya?

Rakyat sedang menilai!








Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.