Video Rafizi Merayu Supaya Undi Nurul Izzah

Naratif Kempen Rafizi: Senarai Masalah Apabila Nurul Izzah Masuk Bertanding 

Rafizi meneruskan momentum membina naratif memperlekehkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dengan doktrin ‘Jika Nurul Izzah Kalah Maka Itu Petunjuk Bahawa Ahli Menolak Anwar Ibrahim’.


Mengenali Rafizi, beliau akan lakukan apa sahaja demi niatnya tercapai walaunpun terpaksa berbohong dan menipu ahli dan rakyat.


Segala formula yang dibentangkan sebelum pilihanraya umum yang lalu, dari bagaimana untuk turunkan harga petrol, formula bagaimana boleh hapuskan tol, formula pendidikan percuma, formula harga kereta menjadi murah dan pelbagai lagi, semuanya ke tong sampah.


Malah lebih ekstrim, Rafizi pernah menuduh dan memfitnah Datin Rosmah Mansor dalam isu cincin, Datuk Shahrizat dan suaminya dalam isu projek NFL. Kesemua tindakan ini dibuat demi apa jika tidak kerana matlamat menghalalkan cara?


Kini Rafizi menggunakan strategi ‘Kill or Be Killed’ dan jika diamati kali ini Rafizi ‘membunuh 2 ekor burung dengan 1 batu’:-

  1. Undilah Nurul Izzah sebab kita tidak ada pilihan yang lain. Walau macamana pun pilihan peribadi, kita tidak boleh ada keputusan yang berlainan kerana kalau Nurul Izzah tidak menang maksudnya anggota parti menolak Anwar Ibrahim.

Hakikatnya: Di waktu  yang sama Rafizi perlecehkan Anwar dan Nurul Izzah secara terbuka kerana penyertaan Nurul Izzah dalam pertandingan kali ini mengganggu cita-cita beliau. Ahli tidak perlu terpesona dan terpedaya dengan watak simpati Rafizi kerana beliau antara ahli politik yang pandai bermuka-muka.

  1. Lain kali jika ada pemilihan lagi maka fikir panjang-panjang

Hakikatnya: Jangan sokong anak beranak. Ini pesanan kepada ketua cabang sebelum membuat sokongan dan pencalonan.

  1. ‘Ujian kuasa’, bila menang saja, pintu ini terbuka, semua orang mula masuk dan yang masuk itu lebih sudu daripada kuah.

Hakikatnya: Rafizi tidak boleh terima pasukannya ramai yang kalah terutama yang berjawatan menteri dan timbalan menteri. Kalah dengan orang muda. Sepatutnya ketua cabang yang kalah perlu muhasabah diri kerana mungkin tidak menjaga akar umbi selama berada di kerusi empuk masing-masing.

  1. Menyindir dan memperlekehkan pandangan pemimpin PKR yang menyokong Nurul Izzah. Dengar apa yang Rafizi menganjing kepada Ramanan. 
  2. Rafizi menolak pandangan orang lain, hanya angka dari analisanya sahaja yang betul. Angka dari orang lain semuanya gula-gula.


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.