Bersilat nampaknya Rafizi pertahankan diri di pentas siri ceramah beliau apabila isu beliau tidak menjaga akar umbi terdedah.
Rafizi menggunakan alasan beliau tidak guna aplikasi WhatApp untuk berkomunikasi. Rafizi mungkin menggunakan telefon bimbit jenis Iphone yang guna aplikasi ‘facetime’ dan beranggapan orang kampung semuanya pakai jenis telefon yang sama dengan beliau. (WhatsApp dan FaceTime sama sahaja, percuma dengan hanya perlu membayar talian internet sahaja)
Atau mungkin Rafizi suka guna aplikasi SMS dan berfikir orang kampung suka komunikasi yang berbayar bagi setiap kali menghubungi beliau.
Atau mungkin Rafizi lebih suka berkomunikasi melalui panggilan telefon.
Nampak juga muka Rafizi tidak berpuashati apabila media tidak mendedahkan sumber pemberitaan mengenai beliau terutama berita tentang sokongan padu kepada Nurul Izzah.
Kepada Rafizi, dari sumber yang boleh dipercayai bahawa awak tidak jaga penyokong dan akar umbi selepas jadi Timbalan Presiden.
Dan kalau rasa jawatan menteri itu berat seperti yang anda sebut maka kenapa tidak berhenti sahaja.

Comments
Post a Comment