Prinsip Apa Yang Rafizi Ingin Bawa Kembali Ke Dalam PKR?


Semakin tersasar jauh nampaknya Rafizi apabila beliau bercakap soal prinsip parti.

Sepatutnya Rafizi tahu membezakan antara ketika PKR menjadi pembangkang dan apabila PKR adalah sebahagian daripada kerajaan pada hari ini.


Dalam sejarah PKR, bukan Rafizi sahaja yang kononnya hebat berdebat. 


Faktanya, Anwar Ibrahim adalah orang yang membawa cara ini untuk mempopularkan parti PKR. Sehinggakan debat antara Anwar dan Shabery Cheek(mewakili kerajaan BN) mendapat liputan langsung stesen TV milik kerajaan.


Kemudian Nurul Izzah pula menjadi sebutan apabila mencabar pemimpin UMNO untuk berdebat dan barulah Rafizi mengikuti cara ini.


Debat bukan budaya dan bukan prinsip tetapi salah satu cara untuk mempopularkan diri dan parti politik yang diwakili. Bertelagah mengenai satu isu yang sama dan masing-masing penyokong tetap tidak akan berubah sokongan. Jadi di mana Rafizi kata ianya satu ‘pertukaran idea intelek?’


Selama dua tahun menjadi kerajaan, berapa kali Rafizi mengajak pembangkang berdebat ke atas isu yang berkait dengan dirinya?


Jika debat itu prinsip dan budaya sihat, kenapa Rafizi tidak mengajak pemimpin pembangkang berdebat setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan?


Terlalu banyak isu yang terpaksa dijawab oleh pihak kerajaan dan Rafizi bukan sebahagian dari mereka yang menjawabnya tetapi menjadi sebahagian yang masuk bilik dan mengunci pintu.


Faktanya, tukang jawab isu yang ‘melekat bagaikan badi’ berpunca dari ‘janji Rafizi’ adalah ‘budak-budak tik tok’. 


Satu tabiat Rafizi yang tidak berubah adalah membina persepsi jahat dan memfitnah. Kemunculan Nurul Izzah di stesen TV tidak ada pun membawa naratif menyerang Rafizi atau pendedahan bersiri mengenai kegagalan Rafizi. Ianya tertumpu kepada perjalanan politik Nurul Izzah semata-mata.


Kalau inilah pemimpin yang akan memimpin PKR di masa hadapan, maka PKR perlu bersedialah untuk ditolak oleh rakyat sekali lagi.


Negara perlu pemimpin berwatak damai dan bukannya pemimpin gila nak berdebat!




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.