“Sebelum dia jadi menteri, banyak dia kata nak tolong industri teksi, tapi bila dapat kedudukan, ayat teksi pun tidak keluar dari mulut dia”
Inilah pengakuan dari wakil pengusaha teksi yang kecewa seolah tertipu dengan janji Rafizi.
Ini juga tidak memberi gambaran seperti yang Rafizi sebut di dalam siri kempen pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang berlangsung sekarang.
Rafizi menggambarkan betapa sibuknya beliau menguruskan kementerian ekonomj sehinggakan beliau tidak mempunyai cukup masa untuk turun bertemu akar umbi parti.
Keluhan ini datang dari kumpulan pengusaha teksi dan bukannya dari ahli parti.
Industri teksi antara penyumbang kepada kitaran ekonomi domestik negara kerana industri ini terkait dengan pelbagai sektor lain yang akan berkembang seiring.
Sebagai menteri ekonomi, tugasnya bukan menumpukan kepada projek’vending machine’ dan tanaman cili sahaja. Indikator kejayaan menteri ekonomi memimpin kementeriannya adalah meletakkan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya dan bukan tertumpu kepada satu atau dua sektor sahaja.
Paling gagal, menyalahkan jawatan menteri apabila tidak dapat bertemu dengan ahli akar umbi.
Itu bukan corak berpolitik cara baru, itu alasan seorang yang gagal mengurus masa dengan baik atau seorang yang pemalas untuk turun bertemu ahli parti setelah berjaya berada di kerusi menteri.

Comments
Post a Comment