Apa Maksud Tersirat Apabila Rafizi Kata Jika Nurul Izzah Kalah Maka Itu Tandanya Ahli PKR Tolak Anwar



Rafizi sudah masuk ‘mode’ “Bakar Kapal”, “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu” dan “Bakar Jambatan”.


Habis semua kelemahan PKR dipertontonkan dan kelemahan Kerajaan Madani cuba dinampakkan lemah kecuali ekonomi sahaja rakyat puji(Rafizi menterinya).


Samada betul atau salah, itu semua belakang kira, yang penting persepsi yang dibina jika mengundi Nurul Izzah maka PKR sedang mengamalkan nepotisma.


Rafizi juga berani membina naratif, jika Nurul Izzah kalah, itu tandanya ahli PKR menolak Anwar.


Sindiran beliau supaya pilih Nurul Izzah adalah isyarat jelas bahawa Rafizi sudah “Berpatah Arang, Berkerat Rotan”.


Lagi panjang masa berkempen, lagi banyak pekung PKR dan Kerajaan Madani bakal dibuka.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.