Video Rampasan RM170 Juta: 'Coup d'état', Tebuk Atap 2.0?



Hari ini SPRM telah mendedahkan 'hasil' rampasan wang tunai yang dikatakan terkait dengan Ismail Sabri dan pihak SPRM turut membuat kenyataan bahawa Ismail Sabri disiasat sebagai suspek.

Timbunan duit tunai bersama dengan jongkong emas dan barang kemas telah dipamirkan kepada pihak media di dalam satu sidang media khas yang dibuat oleh SPRM.

Ramai mula tertanya, adakah wujud 'persamman niat' antara kes yang melibatkan Muhyiddin Yassin dan kes ini?

Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM200 juta.

Pertuduhan ini berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada syarikat-syarikat yang berharap mendapat manfaat daripada program perbelanjaan kerajaan semasa pandemik COVID-19.

Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pada 15 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi membebaskan beliau daripada empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa, namun pada 28 Februari 2024, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula empat pertuduhan tersebut dan mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Perbicaraan kes ini dijadualkan bermula pada 17 September 2025.

Timbul juga persoalan, benarkah khabar angin selama ini berhubung dengan "Langkah Dubai" memandangkan terdapat banyak juga matawang dari sana?

Malah ada juga pertanyaan, adakah wang tersebut milik Ismail Sabri seorang atau ada perancangan rampasan kuasa melalui 'Tebuk Atap 2.0'?

Rata-rata rakyat ingin mengetahui dari siapakah wang tersebut diperolehi dan untuk apa.






Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.