UMNO Sertai Pilihanraya Umum ke -15 Dengan BN Bukan Sebagai Komponen PH


Naratif jahat sedang dibina oleh kumpulan ‘anti UMNO’ dan kumpulan ‘anti Zahid’. Bagi Kumpulan ini yang penting adalah merosakkan imej UMNO dan juga Presidennya walau dengan apa cara sekali pun dan mereka sebahagian besarnya datang dari musuh politik UMNO BN dan selebihnya dari kumpulan atau individu dari dalam UMNO BN itu sendiri.

Pelbagai naratif dicipta termasuk yang mereka rasakan lebih berjaya adalah dengan menuduh bahawa Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggari sumpah laknat iaitu untuk tidak bersama atau menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kumpulan ini juga cuba mengelirukan kenyataan DS Zahid tentang “No DAP, No Anwar” pada Perhimpunan Agung UMNO.

Sebenarnya ucapan tersebut berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO 28 Mac 2021, Presiden UMNO menegaskan pendirian parti untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau DAP.

Pada 9 Ogos 2021 sekali lagi, Presiden UMNO melafazkan sumpah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" di hadapan beberapa Ahli Parlimen UMNO, menegaskan bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan serta DAP.

Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Datuk Seri Ahmad Maslan, sebagai yang turut hadir dalam pertemuan itu dan beliau mengesahkan bahawa DS Zahid melafazkan sumpah tersebut bagi menolak dakwaan bahawa beliau akan bekerjasama dengan PH dan DAP.

Tarikh PRU-15 adalah 19 November 2022.

Semua rakyat tahu, inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka bahawa tiada satu pun parti atau gabungan parti yang Berjaya mendapat mandat majoriti. Akhirnya membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan setelah melalui rundingan selama 5 hari, dengan kata lain negara Malaysia tidak mempunyai kerajaan selama 5 hari selepas pilihanaya umum ke-15.

Jadi, di mana bukti mengatakan Presiden UMNO melanggari sumpahnya?

Ada juga pihak mengeluarkan pandangan jika DS Zahid bersumpah selepas keputusan pilihanraya umum itu sekali pun, beliau perlu mengutamakan perintah dari Yang di Pertuan Agong (penubuhan kerajaan perpaduan)

Sandaran hujah pihak ini adalah:-

Kewajipan Taat kepada Pemimpin Selagi Tidak Menyalahi Syariat

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nabi Muhammad), dan Ulil Amri (pemerintah) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

(Surah An-Nisa’ 4:59)

Hadis tentang Ketaatan kepada Pemimpin

Sabda Rasulullah SAW:

"Mendengar dan taat (kepada pemimpin) adalah suatu kewajipan bagi seorang Muslim dalam perkara yang ia suka atau benci, selagi tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat. Jika diperintahkan untuk melakukan maksiat, maka tidak ada kewajipan mendengar dan taat."

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis tentang Sumpah dan Ketaatan

Sabda Rasulullah SAW:

"Jika seseorang bersumpah (untuk melakukan sesuatu), lalu ia melihat sesuatu yang lebih baik daripada sumpahnya, maka hendaklah ia membayar kaffarah (tebusan) sumpah dan melakukan perkara yang lebih baik itu."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1650)

Jika seseorang telah bersumpah untuk melakukan sesuatu tetapi sumpah itu bercanggah dengan perintah pemerintah yang adil dan tidak melanggar syariat, maka dia boleh membatalkan sumpahnya dan taat kepada pemerintah, dengan membayar kaffarah seperti yang disebut dalam hadis.

Namun, jika pemerintah itu memerintahkan perkara yang bercanggah dengan Islam, maka ketaatan kepada Allah dan Rasul lebih utama.

Pihak musuh politik UMNO dan musuh politik DS Zahid, sepatutnya membawa idea yang lebih baik daripada kerajaan yang ada sekarang berbanding dengan membina naratif jahat yang memakan diri sendiri.

Dalam sejarah Malaysia, Muhyiddin adalah Perdana Menteri yang pertama dipaksa berundur oleh rakyat dan ahli parlimen kerana gagal menjalankan tugas. Adakah PN akan mencalonkan beliau sekali lagi sedangkan mereka juga dahulunya antara yang bersetuju bahawa Muhyiddin adalah Perdana Menteri yang gagal?

Lihat kronologi 'sumpah' DS Zahid, pilihanraya umum ke-15 dan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.