Terkini: Walaupun Dihalang, Majlis Santunan Kasih Ramadan Terengganu Diteruskan Orang Kampung Turun Bantu



Perkembangan Terkini Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran FELCRA bukan satu program baharu yang dijalankan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dihalang oleh Jabatan Agama Islam Terengganu!

Dalam kepayahan orang kampung keluar untuk bergotong royong bagi menjayakan program yang bakal dihadiri oleh TPM yang juga Menteri KKDW, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Adat menyambut tetamu tidak boleh dipisahkan dengan pemikiran jumud kepartian.

Di majlis ini ada golongan asnaf, golongan miskin dan yang seumpamanya akan menerima bantuan seperti tahun-tahun sebelumnya. Penerima ini datang dari pelbagai warna politik dan DS Zahid tidak mengambil sikap pilih kasih.

Jika tahun sebelumnya dibenarkan, kenapa tahun ini dihalang? Itu persoalan yang sedang hangat diperkatakan oleh orang kampung di situ.
Mereka bangga menjadi tuan rumah tetapi dipermalukan oleh Jabatan Agama Islam Terenganu.

"Kalau ini layanan yang kami terima dari pihak jabatan, kami reda cuma kami terasa amat malu. Kita orang kampung dibesarkan dengan penuh nilai murni apalagi kita orang Islam.." kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak Soh.

Jawablah kamu semua di akhirat, bayangkan yang bersusah dari petang semalam sampai ke subuh adalah mak ayah kamu!

Pssttt sedang meronda melihat pembangunan di kawasan ini, tidak berubah apa pun sejak Pas memerintah Terengganu. Kesiannya rakyat.

Jangan lupa jam 5pm kita sambut TPM kita.





sumber FB: https://www.facebook.com/share/p/165YghCKPF/

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.