RUU URA: Ahli Parlimen Hadir Sesi Libat Urus Tetapi Pilih Berdemostrasi



Menurut Menteri KPKT, sesi penerangan dan soal-jawab bersama dengan Kementerian dan agensi yang terlibat telah diadakan sebanyak 72 kali termasuk bersama dengan kesemua ahli parlimen tanpa pengecualian.

Sepatutnya jika terdapat isi kandungan draf RUU Pembangunan Semula Bandar (URA) yang tidak jelas atau meragukan terutama di dalam menjaga kepentingan pemilik termasuk tentang status tanah rizab Melayu atau hak pemilikan individu maka persoalkanlah ketika sesi libat urus dan bukannya mengambil kesempatan menjadikannya bahan kempen politik murahan sehingga menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk menyebarkan fitnah mengenai pelaksanaannya.

Bagaimana ahli parlimen yang menyertai sesi libat urus boleh membina naratif songsang terhadap draf RUU URA ini sedangkan RUU ini telah melalui beberapa peringkat sejak lebih sedekad lalu, dengan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan oleh kementerian dan pihak berkuasa berkaitan.

Cadangan untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar telah bermula sejak tahun 2012.

Pada tahun 2021, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Datuk Zuraida Kamaruddin, memulakan proses penggubalan RUU ini.

Kemudian diteruskan oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pada 22 Mac 2022, malah pada September 2022, Datuk Seri Shahidan Kassim, selaku Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, menyatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 30 kawasan untuk pelaksanaan pembaharuan semula bandar.

Sepanjang cadangan RUU URA ini berlaku, tiada pula pihak yang menagmbil kesempatan berdemonstrasi termasuk mengambil kesempatan pada hari Jumaat seusai solat Jumaat seperti yang berlaku pada masa sekarang?

Adakah kerana mengambil kesempatan kerana Menteri kali ini adalah dari DAP sesuai dengan membina naratif “DAP berkuasa dalam Kerajaan Madani”?

Sepatutnya ahli parlimen wajar lebih bertanggungjawab. Mereka hadir di dalam sesi libat urus dan bersedia untuk membahaskan RUU ini apabila tiba waktunya.

Pada Februari 2025, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa RUU tersebut sedang dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen Julai 2025.

Memalukan apabila ahli parlimen Jasin mengatakan bahawa RUU URA ini dibuat secara tergesa-gesa. Beliau kena banyak lagi membuat 'homework'. Bukan pertama kali ahli parlimen Jasin dilihat seolah tidak memahami apa yang berlaku di sekelilingnya.




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.