Di dalam satu lontaran jawapan kepada satu video ahli parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati, mengenai kononnya beliau menerima aduan dari ibubapa berhubung anak mereka tidak berjaya di dalam permohonan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi menjelaskan isu yang dibawa oleh Mas Ermieyati telah diselesaikan lebih awal daripada ‘aksi’ wakil rakyat pembangkang di dalam videonya.
Namun apa yang dikesalkan adalah, Mas Ermieyati telah mengeluarkan satu lagi video dan mengulas tentang kegagalan pelajar UniKL untuk mendapatkan pinjaman pelajaran bagi meneruskan pengajian mereka. Peliknya Mas Ermieyati tidak memberikan butiran lengkap jumlah pelajar yang gagal dan kenapa pinjaman mereka ditolak?
Jika Mas Ermieyati jujur untuk perjuangkan nasib pelajar tersebut, kenapa Mas Ermieyati tidak terus menghubungi pihak MARA atau pihak UniKL bagi mendapat penjelasan yang sebenarnya.
Apabila Pengerusi MARA sendiri menjawab secara langsung di status video Mas Ermieyati maka sepatutnya jika masih berlaku masalah, Mas Ermieyati boleh terus menghubungi Pengerusi MARA tersebut.
Timbul persoalan, kenapa Mas Ermieyati di dalam videonya mengheret sekali isu Petronas, BERNAS dan PUSPAKOM di dalam isu pinjaman Pendidikan MARA? Bukankah sebagai ahli parlimen, beliau sepatutnya telah mendengar perbahasan dan jawapan dari pihak Menteri yang bertanggungjawab malah Perdana Menteri sendiri juga turut menjawab isu-isu yang beliau bawakan?
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi seorang yang mudah untuk mendengar dan memberi reaksi pantas jika adanya aduan berhubung apa sahaja yang berkait dengan tugasan beliau.
Malah menurut Dr Asyraf, beliau mengarahkan MARA mengekalkan syarat pinjaman:-
Pinjaman Pelajaran MARA bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:
- Lulusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa): Mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75.
- Lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS), STPM, Matrikulasi, atau Foundation: Mempunyai PNGK sekurang-kurangnya 2.75.
- Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul.
- Lulusan A-Level: Mendapat sekurang-kurangnya 6 mata dalam 3 subjek atau setaraf, termasuk Matematik.
Selain itu, pemohon mesti lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah di peringkat SPM.
Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam negara. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi:
Syarat Umum:
- Kewarganegaraan dan Status Bumiputera: Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara Malaysia berstatus Bumiputera.
- Rekod MARA: Pemohon, ibu, bapa, atau penjaga tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tajaan Lain: Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
- Pengiktirafan Kursus: Kursus yang diikuti mestilah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan badan profesional yang berkaitan.
- Rekod Disiplin dan Kesihatan: Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tidak mempunyai rekod jenayah, bebas daripada penyakit kronik atau berjangkit, dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
- Pelepasan Kontrak: Bagi pemohon yang pernah menerima tajaan lain, perlu mendapatkan pelepasan atau penangguhan bayaran balik pinjaman daripada penaja terdahulu (kecuali MARA).
Syarat Akademik:
- Diploma: Pemohon perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh MARA dan institusi pengajian yang dipohon.
- Ijazah Sarjana Muda: Pemohon perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh MARA dan institusi pengajian yang dipohon.
Had Umur dan Tempoh Pengajian:
- Diploma: Berumur kurang daripada 35 tahun dengan tempoh pengajian antara 2.5 hingga 3 tahun.
- Ijazah Sarjana Muda: Berumur kurang daripada 40 tahun dengan tempoh pengajian antara 3 hingga 4 tahun.
Kelayakan Pinjaman Berdasarkan Status Sosioekonomi (SES):
- Pinjaman Penuh (Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup): Pendapatan bulanan keluarga RM8,000 dan ke bawah atau pendapatan bercukai tahunan RM100,000 dan ke bawah.
- Pinjaman Sebahagian (Yuran Pengajian sahaja): Pendapatan bulanan keluarga antara RM8,001 hingga RM15,000 atau pendapatan bercukai tahunan antara RM100,001 hingga RM180,000
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Berikut adalah syarat-syarat umum yang perlu dipenuhi:
- Kewarganegaraan dan Status Bumiputera: Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara Malaysia berstatus Bumiputera.
- Umur: Pada 31 Disember tahun permohonan, had umur adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
- Kelayakan Akademik: Pemohon mesti memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA, seperti CGPA minimum 3.00 bagi lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi, atau Diploma.
Status Sosioekonomi (SES): Pendapatan keluarga menentukan jenis bantuan yang layak diterima:
- Yuran & Elaun Sara Hidup: Pendapatan bulanan RM12,000 dan ke bawah atau pendapatan bercukai tahunan RM150,000 dan ke bawah.
- Yuran Sahaja: Pendapatan bulanan RM12,001 hingga RM20,000 atau pendapatan bercukai tahunan RM150,001 hingga RM250,000.
- Tajaan Lain: Pemohon tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada mana-mana penaja atau agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin: Penjamin mestilah warganegara Malaysia yang tidak diisytiharkan muflis.
- Rekod MARA: Pemohon, ibu, bapa, penjaga, penjamin, atau pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam MARA atau dalam tindakan undang-undang MARA.
- Kesihatan: Pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa mereka berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
- Pelepasan Kontrak: Pemohon yang pernah ditaja oleh badan lain perlu mendapatkan pelepasan atau penangguhan bayaran balik pinjaman. Bagi yang sedang bekerja, perlu mendapatkan kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Disiplin dan Akademik: Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara, dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pendidikan atas masalah akademik atau disiplin.
Kepada Mas Ermieyati, jika tersalah cara menguruskan isu sebegini maka boleh merosakkan imej MARA yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan Melayu dan bumiputra, kenyataan yang mengelirukan orang awam boleh mengundang persepsi yang tidak baik.
Di zaman teknologi yang berkembang dengan cepat, Mas Ermieyati perlu lebih berhati-hati walaupun dengan niat mencari batuan politik. Selidik dahulu.


Comments
Post a Comment