Ada pihak masih menggelupur apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan rasminya mewujudkan Penyelaras TVET peringkat Parlimen yang terdiri dari kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian dan juga Puteri UMNO Bahagian.
Tiada yang pelik dengan pengumuman DS Zahid yang juga Presiden UMNO. Sebaliknya yang pelik adalah kenapa ada pihak menggelupur sedangkan mereka tahu kenapa TVET diperkasakan di zaman yang penuh dengan cabaran ini.
DS Zahid memberi fokus penyelesaian bermula peringkat pelajar yang tercicir dalam Pelajaran contohnya peringkat SPM atau yang berminat dengan bidang teknikal tetapi tidak mampu melanjutkan Pelajaran kerana kos yang tinggi sehingga kepada ‘kebolehpasaran’ pekerjaan kerana bagi DS Zahid, perlunya melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional yang diperlukan oleh industri.
Pihak yang menggelupur perlu lebih memahami kenapa DS Zahid memperkasakan TVET ini. ‘Domino effect’ ini bermula dari meningkatkan kebolehpasaran graduan menjurus kepada penyediaan tenaga kerja kompeten dalam sektor kritikal seperti pembuatan, teknologi, pembinaan, dan perkhidmatan yang memberi impak kepada pembangunan ekonomi domestik dan juga negara. Malah ianya juga melahirkan graduan yang mahir dan mampu untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Penyelaras TVET peringkat parlimen yang dilantik tidak dibayar elaun dan mereka berkhidmat demi untuk memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu. Mereka adalah jambatan antara rakyat dan Kerajaan.
Pembangkang yang baik adalah pembangkang yang tahu makna “check and balance” dan bukannya pembangkang yang menyondol segala usaha kerajaan untuk membangunkan eko system ekonomi negara dan rakyat.

Comments
Post a Comment