Menurut sumber, (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dilapor telah direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya Pas Perak.
Keputusan tersebut didakwa dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat susulan beberapa isu yang melibatkan pemimpin itu termasuk kes terbaru mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).
Tugas Pesuruhjaya Pas negeri kini dipangku Naib Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.
Dalam satu perkongsian ucapan Selamat Menyambut Ramadan, tiada jawatan 'Pesuruhjaya Pas Perak' diletakkan sebagai kandungan poster.
Apa yang menjadi perbualan hangat di antara penyokong PN adalah kenapa Razman dikenakan 'hukuman' ketika PAS akan menhadapi pilihanraya kecil di DUN Ayer Kuning berikutan kematian ADUN terdahulu, allahyarham Ishsam Shahruddin.
Muhyiddin sebagai Pengerusi PN telah membuat pengumuman rasmi bahawa calon yang akan bertanding di kerusi tersebut adalah dari parti PAS.
Keputusan merehatkan Razman seolah memberi isyarat bahawa Razman adalah 'bencana' bagi PAS sekiranya beliau mengetuai pilihanraya kecil tersebut.
Paling lucu, ada pihak yang cuba menamakan Ketua Penerangan PPBM, Tun Faisal sebagai calon bagi pilihanraya kecil itu. Siapa yang cuba sedang menyusun supaya nama beliau naik?

Comments
Post a Comment