Anda masih ingat bagaimana PAS bertindak zalim dengan menutup Tadika Kemas dengan merantai pagar sekolah tadika tersebut?
Ada PAS fikir tentang pendidikan kanak-kanak terjejas dan ramai kanak-kanak, terutamanya di kawasan luar bandar, hilang akses kepada pendidikan awal kerana tiada alternatif yang sesuai disediakan dengan segera.
Ada PAS fikir nasib Guru-Guru Tadika Kemas yang kehilangan pekerjaan ketika itu? Bukan seorang dua yang terkesan tetapi ribuan guru Tadika KEMAS di Terengganu kehilangan kerja kerana tadika mereka ditutup secara mengejut.
Ada PAS fikir tentang perasaan ibubapa yang tertekan malah ramai ibu bapa menghadapi kesukaran mencari alternatif pendidikan lain, kerana tidak semua mampu menghantar anak mereka ke tadika swasta.
Bukan setakat itu, PAS ketika berkuasa di Terengganu setelah menang PRU pada 1999 telah mencampuri urusan pentadbiran masjid.
Penceramah yang pro-UMNO atau tidak menyokong pentadbiran PAS dikatakan sukar mendapat kebenaran untuk mengajar atau berceramah.
Malah PAS menghadkan penceramah yang tidak selari dengan ideologi mereka daripada menyampaikan ceramah di masjid negeri.
Jadi tidak hairan jika PAS lebih banyak menggunakan masjid sebagai platform ceramah politik dan kuliah agama versi mereka dan menghalang pihak lain dari menggunakannya.
Buktinya, PAS terlalu takut dengan Majlis Santunan Kasih yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. PAS gerun dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
PAS masih berfikiran jumud, mereka takut rakyat Terengganu kembali percaya dan yakin dengan Presiden UMNO itu.
Adakah PAS yang mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya tidak membenarkan majlis tersebut diadakan di perkarangan masjid?
Jika bukan arahan PAS maka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu wajar memberi alasan yang munasabah kerana surat yang jabatan tersebut keluarkan tidak menyatakan sebabnya.
Untuk makluman, majlis tersebut diteruskan di alamat berikut:-
Bersebelahan lot 44, Kampung Kuala Akob, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
Datanglah beramai-ramai jam 5 petang.



Comments
Post a Comment