Sejak Mas Ermieyati melompat keluar dari UMNO, beliau tidak mampu untuk tunjukkan tahap kompeten yang sepatutnya ada bagi seorang ahli parlimen.
Untuk rekod, Mas Ermieyati memenangi kerusi parlimen Masjid Tanah atas tiket UMNO BN sebelum beliau lari meninggalkan parti tersebut dan menyertai #kerajaangagal pimpinan Muhyiddin.
Perhatikan bagaimana Mas Ermieyati mengambil sikap mudah terhadap sesuatu isu termasuk perbahasan di parlimen.
Menggunakan platform facebook atau mana-mana jalur media sosial adalah antara saluran komunikasi terbaik dengan pengikut dan rakyat. Dari situ mereka boleh menilai tahap atau mutu kerja serta pemikiran seorang wakil rakyat.
Bagaimana Mas Ermieyati boleh keliru dengan soalan dan status FB ketua pembangkang parlimen atau ketuanya sendiri berhubung jawapan bertulis dari Menteri Perolehan Tenaga Dan Transformasi Air mengenai “Tindakan yang akan diambil ahli lembaga TNB”(Rujuk soalan dan jawapan bertulis yang disertakan).
Ketua Pembangkang cuba timbulkan persepsi tidak baik terhadap isu tarif letrik tetapi Mas Ermieyati menafsirkan bahawa menteri tidak menjawab soalan.
Diri sendiri keliru atau tidak memahami isu atau sengaja untuk bertenggek kepada isu bagi menjadikan dirinya turut popular?
Isu pinjaman pelajaran MARA pun Mas Ermieyati masih cuba tonjolkan diri kononnya beliau adalah juara isu tersebut sedangkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi telah menegaskan bahawa beliau membuat keputusan mengekalkan syarat sediada sebelum Mas Ermieyati bertenggek pada isu tersebut.
Orang Masjid Tanah sudah mula buka mata bahawa Mas Ermieyati hanya buat-buat sibuk di parlimen tersebut, bukan setakat ibarat tong kosong, bising tetapi tiada isi malah terkenal dengan ‘kaki claim’, bertenggek menumpang hasil kerja orang lain.
Tidak cukup bertenggek di kawasan sendiri, isu di parlimen pun nak ditunggangnya.
Lihat para ke 3, menteri dengan jelas menerangkan tentang isu tarif letrik. Mas Ermieyati bukan sehari dua sebagai ahli parlimen. Ketika beliau menjadi ahli parlimen zaman BN nampaklah cerdik sikit dari sekarang.



Comments
Post a Comment