Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 Pernah Dibuat Di Terengganu



Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran FELCRA bukan satu program baharu yang dijalankan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Program ini bermula pada tahun 2023 dan pernah dianjurkan di Terengganu.

Program Majlis Santunan Kasih Ramadan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi meraikan golongan yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, asnaf, dan warga emas.

Bukan pertama kali Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri KKDW di Terengganu.

Pada 28 Mac 2023 di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri KKDW , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir meraikan 1,500 masyarakat setempat.

Malah Menteri Besar Terengganu, Samsuri turut mengiringi DS Zahid ketika itu.

Di majlis tersebut(2023) DS Zahid melalui agensi di bawah kementeriannya telah menyampaikan sumbangan kepada anak yatim berupa duit raya, baju raya, dan hamper.

Malah sumbangan kepada pusat anak yatim, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menyerahkan sumbangan berjumlah RM21,000, bantuan Kit Peralatan dan Kursus kepada 60 penerima, terdiri daripada belia, beliawanis, suri rumah, dan ibu tunggal kategori B40 luar bandar, menerima bantuan kit peralatan dan kursus Quick Win KEMAS.

Majlis ini merupakan lokasi keempat dalam siri program Santunan Kasih Ramadan anjuran KKDW, selepas Selangor, dengan negeri-negeri lain seperti Pahang, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah/Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan, dan Sarawak.

Persoalan yang timbul sekarang, kenapa Jabatan Agama Terengganu, pada tahun 2025 ini mengeluarkan arahan melarang program yang sama seperti sebelumnya?

Anda lihat sekarang, warga setempat tetap turun bergotong-royong untuk menjayakan program ini walaupun di dalam kepayahan.

Siapa yang akan jawab isu 'arahan larangan' ini?

Dari Facebook: https://www.facebook.com/share/p/16BnZcUZcg/

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.