Larangan Terhadap Program Kementerian KKDW: Ada Pihak Cuba Heret Istana Terengganu?



Walaupun program “Majlis Santunan Kasih Ramadan 2025” telah selamat dilaksanakan dengan jayanya namun ada pihak cuba mengheret istana Terengganu di dalam isu ‘surat larangan menggunakan perkarangan masjid’ oleh Jabatan Agama Islam Terengganu.

Siber truper ‘walaun’ atau ‘lebai sampul’ membina naratif kononnya keputusan yang dibuat oleh jabatan tersebut datangnya dari istana kerana Sultan adalah ketua bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM).

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dan kerajaan negeri pimpinan PAS perlu dengan segera mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa segala keputusan yang dibuat oleh JHEAT adalah datangnya dari pentadbiran jabatan itu sendiri supaya tidak timbul persepsi yang tidak baik kepada pihak istana Terengganu.

YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi selaku EXCO Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah sehingga kini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh JHEAT sehinggakan geng siber truper ‘walaun’ dan ‘lebai sampul’ bercelaru antara tugas JHEAT dan MAIDAM serta peranan Sultan Terengganu di dalam kedua entiti tersebut.

Sultan Terengganu memainkan peranan penting dan berada pada kedudukan tertinggi dalam struktur organisasi berkaitan hal ehwal agama Islam di negeri Terengganu. Kedudukannya adalah sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Terengganu.

Peranan Sultan Terengganu dalam JHEAT dan MAIDAM

Ketua Agama Islam Negeri
Sebagai Ketua Agama Islam, baginda mempunyai kuasa tertinggi dalam semua perkara berkaitan agama Islam di Terengganu. Ini termasuk bidang kuasa dalam hal ehwal fatwa, perundangan syariah, dan adat Melayu.

Penasihat dan Pengawal Utama MAIDAM
MAIDAM berfungsi sebagai badan penasihat kepada Sultan dalam semua hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu. Sebarang keputusan besar, seperti pelantikan Mufti, ahli Majlis Agama, atau pengurusan harta wakaf, memerlukan perkenan Sultan.

Pelantikan Jawatan Utama
Sultan Terengganu berkuasa melantik:
  • Yang Dipertua MAIDAM – individu yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran MAIDAM.
  • Mufti Negeri Terengganu – yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan fatwa dan hukum hakam Islam.
  • Pegawai Kanan Agama – yang menguruskan pelaksanaan dasar-dasar Islam di negeri.
Kuasa Tertinggi dalam Urusan Fatwa
Sebarang fatwa yang dirumuskan oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa perlu mendapat perkenan Sultan sebelum boleh diwartakan dan dikuatkuasakan.

Pengurusan Wakaf dan Zakat
Baginda juga berperanan dalam memastikan dana zakat, wakaf, dan baitulmal diuruskan dengan telus dan sampai kepada golongan sasaran yang memerlukan.

Secara ringkasnya inilah peranan JHEAT dan MAIDAM
  • JHEAT lebih berperanan dalam aspek pentadbiran agama Islam dan perundangan syariah.
  • MAIDAM pula fokus kepada pengurusan ekonomi dan kebajikan umat Islam seperti zakat dan wakaf.
Kepada pemain media sosial politik, berhati-hati dan perlu lebih cermat sebelum mengeluarkan hujah yang dangkal. Fahami terlebih dahulu peranan kesemua entity yang tersebut di atas.

Bahagian pentadbiran JHEAT perlu bertanggungjawab di dalam setiap keputusan yang mereka buat dan bukan lari berselindung di sebalik orang lain.

Di bawah ini antara contoh pertelingkahan antara pengguna media sosial berkaitan isu larangan program anjuran kementerian dari kerajaan pusat, KKDW yang mana menterinya adalah Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri 1.

Bnyak lagi komen yang menunjukkan ramai tidak memahami tugas dan tanggungjawab entiti di atas jika diteliti.











Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.