Larangan Jabatan Agama Islam Terengganu Tidak Patahkan Semangat Orang Kampung


Dari Facebook: https://www.facebook.com/share/p/18mayAAzuJ/

KEZALIMAN KERAJAAN PAS TERENGGANU TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT PENDUDUK KAMPUNG!

Setelah keletihan semalaman bergotong-royong, bahu ke bahu, memindahkan khemah ke lokasi baru, penduduk Kampung Kuala Akob tetap bersemangat. Pagi ini, mereka meneruskan gotong-royong, memasak 10 kawah gulai daging (4 ekor lembu) serta 400kg ikan baung bagi menjayakan Program Sentuhan Kasih Ramadan.

Walaupun diuji dengan cabaran dan rintangan, termasuk tindakan zalim kerajaan negeri, semangat penduduk tidak luntur. Mereka tetap bersatu dan berusaha memastikan program ini berjalan lancar bagi menyambut YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di lokasi baharu (Bersebelahan Lot 44, Kampung Kuala Akob, 21700 Kuala Berang, Terengganu).

Semangat kebersamaan ini membuktikan bahawa keikhlasan, perpaduan, dan usaha bersama lebih kuat daripada sebarang tekanan dan kezaliman.

Jangan lupa! Petang ini, jam 5:00 petang, kita turun beramai-ramai menjayakan majlis berbuka puasa dengan penuh ukhuwah dan keberkatan!




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.