Siapa tidak kenal dengan individu yang nampak terlalu bebas di dalam ‘gerakan di dalam kampus IPTA’, Fahmi Reza.
Sudah lanjut usia tetapi fokus utama beliau adalah ‘gerakan menghasut mahasiswa’. Buktinya, lihat apa yang tertera di laman 'X' miliknya - "Kuasa Siswa".
Sehingga artikel ini ditulis, masih menjadi tandatanya, adakah beliau masih aktif keluar-masuk di dalam kampus terutama Universiti Malaya?
Beliau juga pernah beberapa kali ditangkap dan didakwa atas karya-karyanya yang mengkritik pemimpin negara.
Pada 2018, disabitkan bersalah kerana menyebarkan kandungan "menghina" pemimpin negara dan dikenakan denda serta larangan menerbitkan kandungan tertentu.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan kandungan yang dianggap menghina pemimpin negara melalui ilustrasi badut Najib Razak.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM30,000 pada 8 Februari 2018.
Namun, selepas rayuan, Mahkamah Tinggi membatalkan hukuman penjara dan hanya mengekalkan denda RM30,000 pada 12 November 2018.
Fahmi mungkin tidak sedar bahawa beliau juga pernah ‘terlepas’ dan jika dilihat kepada hujah kehakiman ketika itu, Fahmi sepatutnya memahami bagaimana sistem perundangan negara berfungsi. Tidak semua orang bersetuju apabila beliau terlepas hukuman penjara.
Namun kerana beliau adalah kumpulan pembenci UMNO BN maka beliau cuba sedaya upaya membina naratif ‘tidak puas hati’ terhadap kes yang dihadapi oleh Presiden UMNO itu.
Menurut sumber, lokasi gerakannya adalah di luar kawasan kampus dan secara ‘online’ dan masih memberi tumpuan kepada mendoktrin mahasiswa?
Antara insiden yang berjaya dihalang oleh pihak universiti awam:-
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):
Pada 10 November 2022, sesi "Kelas Demokrasi" yang dianjurkan oleh Fahmi di kampus UKM Bangi dihentikan oleh pihak keselamatan universiti hanya 10 minit selepas bermula. Pihak universiti menyatakan bahawa acara tersebut memerlukan kebenaran rasmi untuk diadakan di dalam kampus.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam:
Program serupa yang dijadualkan di UiTM Shah Alam pada minggu sebelumnya juga dibatalkan atas arahan pengurusan tertinggi universiti, walaupun mendapat bantahan daripada pelajar.
Universiti Malaya (UM):
Sejak Oktober 2009, percubaan Fahmi untuk menyampaikan syarahan mengenai gerakan mahasiswa di UM telah beberapa kali dihalang oleh pihak pentadbiran universiti.
Kini tumpuannya terarah kepada membina naratif merosakkan imej Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Siapa yang membiaya pergerakan beliau?
Kali ini rakyat menunggu jika ada lagi pendakwaan terhadap kerja fitnah beliau apakah mahkamah akan melepaskan hukuman penjara lagi.
Anda perlu tahu:-
Fakta kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melibatkan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi mendapat keputusan DNAA (Discharge Not Amounting to Acquittal) atau Dilepaskan Tanpa Dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023.
Berikut adalah beberapa hujah utama yang menyebabkan keputusan DNAA diberikan:
Permohonan Oleh Pihak Pendakwaan
Keputusan DNAA dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memohon penarikan balik pertuduhan terhadap Zahid.
TPR memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya ingin menyiasat lebih lanjut kes tersebut sebelum membuat keputusan akhir.
Ini bermakna kes belum ditutup sepenuhnya dan boleh dibuka semula jika terdapat bukti baru.
Keputusan Berdasarkan Prinsip Undang-Undang
Dalam sistem perundangan Malaysia, DNAA boleh diberikan atas beberapa sebab utama seperti:
- Kekurangan bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan.
- Keperluan untuk menyemak semula atau menyusun semula pertuduhan.
- Arahan atau keputusan dari pihak tertinggi dalam Pejabat Peguam Negara.
Kelemahan Bukti dan Saksi
Terdapat dakwaan bahawa beberapa saksi utama tidak konsisten dalam keterangan mereka.
Beberapa bukti yang dikemukakan dikatakan lemah atau perlu dikaji semula sebelum kes diteruskan.
Mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Salleh ketika itu mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan sama ada sesuatu kes diteruskan atau tidak.
Jangan mudah terpedaya dengan kumpulan yang idealoginya mirip ke arah komunisma.

Comments
Post a Comment