Jualan Rahmah Madani: Rahmat Sebelum Ramadan – Tok Hameed


Hari ini YB Datuk Hameed, Adun Ayer Limau yang juga EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka membawa program ‘Jualan Rahmah’ di Di Pekan Ramuan China Besar.

Rata-rata warga sekitar bersyukur kerana bukan sahaja program jualan ini membantu mengurangkan kos perbelanjaan dapur mereka malah ianya berlansung sehari sebelum masuknya bulan Ramadan.

“Tok Hameed sentiasa fikirkan kami, dia seorang wakil rakyat yang sentiasa berdamping dengan semua lapisan masyarakat di kawasannya tanpa mengira fahaman politik” kata salah seorang pengunjung.

Program Jualan Rahmah MADANI merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dilaksanakan di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, termasuk kawasan-kawasan pedalaman.







Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.