Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Dikawal Oleh PAS ?

Rakyat Terengganu dikejutkan dengan keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu tidak membenarkan program Majlis Santunan Kasih yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah(KKDW) dan melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat di perkarangan Masjid Kampung Kuala Akob dan Masjid Abdul Rahman Limbong, Kuala Telemong.

Majlis tersebut bukan sahaja untuk berbuka puasa tetapi juga untuk ‘Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek-Projek Peserta Felcra Berhad.

Surat rasmi dari jabatan agama tersebut dikatakan dikeluarkan secara tergesa-gesa memandangkan hari ini adalah hari cuti di Terengganu.

Tindakan terdesak ini menimbulkan persoalan kerana tiada sebab diberikan dan majlis ini adalah anjuran sebuah agensi di bawah kementerian kerajaan pusat dan bukannya program politik.

MB Terengganu wajar menjelaskan adakah PAS Terengganu terlibat di dalam keputusan dari jabatan agama ini.

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu juga perlu menjelaskan kepada rakyat Terengganu kenapa keputusan tidak membenarkan majlis tersebut dibuat di saat akhir?

Keputusan tergesa-gesa jabatan agama mengingatkan sejarah PAS Terengganu menzalimi pelajar Tadika Kemas seperti kembali diingatan rakyat Terengganu.

Peristiwa penguncian dan pengusiran pelajar Tadika KEMAS di Terengganu berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU 1999), ketika PAS mengambil alih pentadbiran negeri dan pada tahun 2000, ribuan murid Tadika KEMAS di Terengganu dilaporkan tidak dapat bersekolah kerana premis tadika yang beroperasi di balai raya dikunci dan dikosongkan oleh pihak berkuasa negeri.

Adakah ini modus operandi gila kuasa yang sama?
Menurut pihak penganjur, majlis ini tetap diteruskan di luar perkarangan masjid-masjid tersebut.

Ini alamat program:

Bersebelahan lot 44, Kampung Kuala Akob, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Memalukan kerana majlis anjuran PAS Terengganu dibenarkan pula oleh jabatan yang sama.
Apa sudah jadi!



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.