Nampaknya ada naratif jahat sedang dibina menggunakan skandal penemuan wang tunai pelbagai matawang berjumlah RM170 juta dan juga 16kg jongkong emas untuk mengalihkan isu skandal rasuah mega projek ‘Janawibawa’?
Kumpulan ini sebenarnya cuba membunuh 3 ekor burung dengan 1 batu iaitu Ismail Sabri, SPRM dan Kerajaan Madani.
Mereka cuba membesarkan cerita kononnya terdapat keraguan di dalam kes penemuan duit tunai dan jongkongkong emas di dalam ‘safe house’ milik Ismail Sabri.
Hampir setiap hari mereka mainkan antaranya Ismail Sabri teraniaya oleh penguasa dan cuba membina naratif perlekehkan S.O.P SPRM di dalam mengendalikan sesuatu siasatan seolah-olah mereka adalah pakar di dalam jenayah tersebut. Jika semalam mereka ‘pakar addendum’, hari ini mereka boleh menjadi pakar segala pakar di dalam kes merompak wang rakyat berates juta jumlahnya.
Rakyat tidak bodoh untuk ditipu sebegitu rupa. Berita SPRM memanggil Ismail Sabri untuk siasatan pada 2 Januari 2024 (https://m.malaysiakini.com/news/691929) telah disiarkan cuma tidak mendapat liputan meluas. Mungkin kerana ada pihak Ismail yang mampu mengawal media supaya cerita Ismail disiasat SPRM tidak disensasikan. Boleh rujuk juga pada jadual kronologi di bawah.
Sebenarnya kumpulan ini sedang berusaha menutup bangkai, kes rasuah yang mana Muhyiddin, Wan Saiful Wan Jan dan pemimpin PPBM sedang hadapi di mahkamah serta kes menantu beliau lari ke luar negara.
Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan program Janawibawa. Muhyiddin telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat—Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd—serta individu bernama Datuk Azman Yusoff.
Wan Saiful Wan Jan, turut didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan projek Jana Wibawa. Beliau didakwa menerima rasuah untuk membantu syarikat mendapatkan projek di bawah program tersebut.
Beliau didakwa meminta suapan daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.
Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang dicari bagi membantu siasatan berhubung projek pendaftaran, pengambilan, dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian. Menurut SPRM, semakan rekod menunjukkan bahawa Muhammad Adlan meninggalkan Malaysia pada 17 Mei 2023 dan tidak mempunyai rekod kembali ke negara ini.
Adam Radlan Adam Muhammad, sepupu kepada menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Adlan Berhan, telah terlibat dalam kes rasuah berkaitan program Jana Wibawa. Beliau, yang juga Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Adam Radlan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM500,000 daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta daripada syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd dan syarikat Nepturis Sdn Bhd.
Adam Radlan didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Kes-kes inilah antara yang cuba ditutup oleh kumpulan anti UMNO dan Kerajaan Madani.



Comments
Post a Comment