Yang DiPertuan Besar NS tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM

 


PETALING JAYA:Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan darjah kebesaran bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.

Pendaftar Darjah, Mohd Zafir Ibrahim, berkata Yang Dipertuan Besar menitahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurniakan pada 14 Jan 2019 ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Malaysia.

Dilaporkan pada 3 Feb lalu, Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya dan memohon maaf kepada warga universiti atas sebarang kekhilafan sepanjang tempoh kepimpinannya.

“Saya (juga) dengan ini menarik diri dari segala WhatsApp rasmi universiti,” katanya dalam kenyataan.

“Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan yang dilontarkan di mana laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun dibuat.”

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sebarang butiran lanjut.

Keesokannya, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan itu dan berkata pihaknya akan bertemu Ekhwan dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan lanjut.


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.