Zahid: Saya Sentiasa Membuka Pintu Kepada Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sebelah Sana


Sebagai ahli parlimen adalah satu perkara atau tugas yang wajib dilakukan sebelum memasuki Dewan Rakyat yang mulia iaitu membuat ‘kerja rumah’.

Dewan Rakyat di parlimen bukanlah tempat untuk berlakon siapa hero rakyat tetapi ianya tempat pembuktian betapa wakil rakyat yang dipilih itu tepat dan membawa manfaat kepada Kawasan yang diwakilinya.

Dewan Rakyat juga bukanlah medan bertekak, bercakaran dengan suara yang mengalahkan pasar borong hasil laut dan tempat membina naratif fitnah jahat. Sebaliknya di dewan yang mulia itu, wakil rakyat membawa segala permasalahan rakyat dengan harmoni perbahasannya, menjaga adab susilanya dan mematuhi peraturan dewan.

Anda lihat bagaimana Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan dari ahli parlimen pembangkang. Beliau yang juga Presiden UMNO begitu tenang dan penuh yakin. Cuma timbul persoalan tentang soalan dari ahli parlimen Machang, adakah beliau tidak pernah membuat ‘homework’ tentang pembangunan yang disalurkan oleh Kerajaan Madani ke Kelantan dan juga di kawasan parlimen beliau sendiri?

Tidak menjadi ‘Jaguh Pembangunan’ jika hanya sekadar meminta secara umum. ‘Jaguh Rakyat’ yang sebenar adalah memohon apa yang belum ada secara spesifik. Apa yang menjadi keutamaan kepada rakyat di Kawasan masing-masing buat masa ini. Itu soalan terbaik yang sepatutnya diajukan kepada DS Zahid pada masa yang begitu berharga.

Tahukah ahli parlimen pembangkang jumlah dana yang disalurkan oleh Kerajaan Madani kepada Kelantan sepanjang kerajaan ini memegang tampuk kuasa?

Melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), telah menyalurkan peruntukan yang signifikan kepada negeri Kelantan untuk pelbagai projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Berikut adalah perincian peruntukan tersebut:

1. Peruntukan Pembangunan di Wilayah Selatan Kelantan melalui KESEDAR:
Jumlah Keseluruhan: RM153.2 juta

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12): Peruntukan ini disalurkan untuk pembangunan di Wilayah Selatan Kelantan melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Peruntukan Tahun 2024: Sebanyak RM36.47 juta diluluskan untuk pelaksanaan 27 program dan projek pembangunan.

Projek di Tanah Merah: RM7.2 juta diperuntukkan bagi pelbagai projek pembangunan, termasuk kemudahan awam dan infrastruktur perhubungan yang memberi manfaat langsung kepada lebih 10,000 penduduk.

2.  Projek Menaik Taraf Jalan ke Kampung Kusial:
Peruntukan: RM42.5 juta

Jangka Siap: Dijangka siap pada tahun 2026
Manfaat: Projek ini bertujuan menyelesaikan isu jalan perhubungan yang sering terputus semasa banjir, memudahkan akses penduduk ke Kampung Kusial.

Peruntukan Pembangunan oleh KPKT dan ICU JPM (November 2024):
Jumlah Keseluruhan: RM156 juta
  • Manakala melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): RM150.4 juta
  • Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM): RM5.5 juta

Projek Utama:
  • Menaik Taraf Pasar Siti Khadijah: RM6.5 juta
  • Pembangunan Landskap Perbandaran Kota Bharu: RM48 juta
  • Menaik Taraf Gerai dan Dataran Pantai Cahaya Bulan: RM12 juta
  • Projek Rumah Mesra Rakyat (RMR): RM35.9 juta untuk 448 unit rumah
  • Projek Lain: Pembinaan pasar baharu, baik pulih tandas awam, naik taraf gerai, dan pembaikan jalan.
Wang Ihsan Petroleum (Tahun 2023):
  • Jumlah: RM200 juta
  • Tujuan: Membantu kerajaan negeri dalam komitmen emolumen dan obligasi kepada kontraktor, serta melaksanakan program kesejahteraan rakyat seperti pembasmian kemiskinan dan pembangunan infrastruktur asas.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga telah meluluskan beberapa peruntukan untuk pembangunan di daerah Machang, Kelantan.

Berikut adalah perincian peruntukan tersebut:

1. Projek Pembinaan Jambatan Menghubungkan Kampung Joh di Machang ke Belimbing di Tanah Merah:
Jumlah Peruntukan: RM122 juta
Tarikh Dijangka Siap: September 2025

2. Projek Pembangunan di Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) Sungai Bagan, Machang:
Jumlah Peruntukan: RM630 juta
Status: Sedang menunggu kelulusan

Peruntukan-peruntukan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan yang adil dan saksama di semua negeri, termasuk Kelantan.

Kesimpulannya, adakah anda pernah dengar ahli parlimen pembangkang mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Madani?

“Orang Berbudi, Kita Berbahasa”




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.