Dalam perbahasan di DUN Selangor semalam, Azmin Ali mendedahkan bagaimana dua syarikat berbeza tetapi lembaga pengarahnya adalah orang yang sama. Kedua syarikat ini dikatakan telah berjaya membeli tanah milik PKNS.
Azmin dengan sinis menempelak kerajaan negeri Selangor seolah-olah telah menjadi ‘ejen hartanah’.
Isu utamanya adalah yang dibangkitkan bukan sahaja 2 lot tanah yang begitu besar saiznya menjadi milik ‘orang yang sama’ dengan nama syarikat yang berlainan tetapi harga yang syarikat-syarikat tersebut juga jauh begitu murah.
Mungkin Azmin Ali perlu lebih telus dalam perkiraan ‘harga jual’ apabila melibatkan tanah milik rakyat. Azmin Ali perlu membuat perbandingan antara Kerajaan Pas Terengganu dan Kerajaan Madani Selangor dalam isu ini.
Di Terengganu, ada beberapa lot yang terlalu strategik kedudukannya tetapi dijual dengan harga yang tidak masuk akal murahnya.
Tanah yang lokasinya berada di bandar Kuala Terengganu telah dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) dengan harga RM500,000 sahaja sedangkan nilai pasaran ketika itu adalah RM30juta?
Tanah tersebut pernah diberikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (Koinsaf) milik pemimpin PAS Terengganu pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, tanah tersebut diambil balik tetapi menurut sumber, Kerajaan BN terpaksa membayar hampir RM7juta sedangkan ketika itu koperasi tersebut memperolehi dengan hanya RM300k(maaf sekiranya khilaf).
Kerajaan BN mengambil balik tanah tersebut kerana ianya mempunyai nilai “kepentingan awam” melebihi kepentingan pihak tertentu.
Apabila PAS menang pilihanraya selepas itu(ketika YB Razif sebagai MB), tanah tersebut dijual sekali lagi kepada entiti PAS. Menurut sumber juga, bukan lot strategik ini sahaja yang dijual namun terdapat beberapa lot yang dijual dengan harga terlalu murah. Malah sumber juga mendedahkan terdapat lot untuk masjid dijadikan lot rumah dan dijual kepada ahli parti sahaja?
Tidak dapat dipastikan sejauh mana siasatan oleh pihak SPRM.
Kata sumber lagi penjualan tanah milik rakyat ini tanpa tender?
Harap sangat Azmin jadi juara dalam isu menyelamatkan tanah milik rakyat di seluruh negara!
Sedikit maklumat antara tanah milik rakyat Terenganu yang dijual kepada entiti milik PAS dan tidak dapat dipastikan ianya telah berada di dalam pengetahuan SPRM atau sebaliknya.
- Tanah di Batas Baru, Kuala Terengganu: Sebidang tanah seluas 11,299 meter persegi, bernilai RM29.3 juta, terletak kira-kira 500 meter dari Wisma Darul Iman dan berdekatan dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu serta Hospital Pakar Salam. Tanah ini dilaporkan dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa) dengan bayaran premium sebanyak RM500,000.
- Tanah di Penempatan Tok Adis Fasa II, Mukim Kuala Ibai: Tanah seluas 14,355 meter persegi (kira-kira 3.5 ekar) dengan nilai pasaran RM11.8 juta ini dilaporkan diberikan kepada Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Terengganu Berhad (Kokhidmat), sebuah koperasi milik pemimpin PAS, dengan bayaran premium hanya RM236,850.

Comments
Post a Comment