PPBM Guna Program ‘Back To School’ Untuk Menyerang Zahid

Projek pembinaan bangunan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Himidi di Kampung Sungai Balai Darat di Bagan Datuk, Perak.


PPBM terdesak sehinggakan Ketua Bahagian parti PPBM Bagan Datuk, Azhar Anuar menggunakan program ‘Back To School’ sebagai pentas ceramah politik. Bukan sahaja ketika beliau menyampaikan ucapan tetapi status di facebook milik beliau pun mengelirukan. Beliau cuba membina persepsi jahat kononnya Bagan Datuk ketinggalan dari segi prasarana rakyat seperti keberadaan universiti dan hospital.

Untuk info, jika dilihat kepada latar belakang Ketua Bahagian PPBM tersebut, beliau adalah CEO kepada sebuah syarikat yang berasaskan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas dan jangan keliru, syarikat tempat beliau cari makan tiada kaitan dengan Petronas.

Ketua PPBM sepatutnya bersyukur dengan perkembangan prasarana awam yang ada di Bagan Datuk. Kenapa beliau tidak menyebut tentang kewujudan dua sekolah berasrama penuh di Parlimen Bagan Datok; Sekolah Menengah Sains dan Maktab Rendah Sains MARA? 

Adakah beliau lebih cenderung untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berbanding berterima kasih kepada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri atas usaha beliau sebagai ahli parlimen di situ?

Beliau sepatutnya bersikap jujur tentang bagaimana pemilihan lokasi dibuat bagi membina prasarana awam seperti universiti dan juga hospital. Kesesuaian keberadaan antara sekolah biasa berbanding sekolah berasrama, klinik kesihatan berbanding poliklinik dan juga hospital serta kolej berbanding dengan university. Apabila disebut prasarana awam maka kesemua perbelanjaan pembinaan yang tersebut adalah dari wang rakyat.

Contoh mudah lagi, kenapa tidak dibina hospital dan hanya membina klinik kesihatan?

Antara faktornya adalah dinilai dari segi kesesuaian geografi dan infrastruktur seperti jaringan jalanraya utama serta kepadatan penduduk. Ini untuk mengelakkan supaya tidak terjadinya ‘projek gajah putih’. Akhirnya pemilihan dibuat samada sesuai dibina hospital atau klinik kesihatan dan menempatkannya di beberapa daerah. Di kawasan parlimen Bagan Datoh terdapat 5 buah klinik kesihatan.

Jika prasarana awam dibina kerana kepentingan politik maka Ketua PPBM akan melihat universiti awam ternama dan hospital yang berskala besar akan ada di Kubang Pasu, sesuai dengan Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kali kedua selama 22 bulan.

Adalah satu perbandingan yang tidak adil jika Ketua PPBM membandingkan antara keberadaan prasarana awam di Pekan kerana Najib Razak. 

Ada projek berkepentingan awam hanyalah kebetulan parlimen tersebut kedudukannya strategik dan kerana bukan faktor siapa pemegang kuasa di peringkat pusat maka apa sahaja kemudahan awam akan dibawa ke parlimen mereka. 

Lagi contoh mudah, lebih dari 30 tahun Muhyiddin berada di dalam Kerajaan termasuk sebagai Menteri Kanan, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri, kenapa hanya wujud klinik kesihatan sahaja dan bukannya hospital di parlimen Pagoh?

Ketua Bahagian PPBM Bagan Datok wajar mencontohi YB Datuk Hameed, Adun Ayer Limau Melaka. Beliau tidak menggunakan ‘Program Back To School’ sebagai pentas politik. Hampir 500 pelajar menerima sumbangan program tersebut dan Datuk Hameed menyerahkan kepada pihak sekolah untuk memilih siapa penerima yang layak supaya tidak timbul isu pilih kasih. Bagi Datuk Hameed, rakyat tahu siapa yang jujur berkhidmat. Malah Datuk Hameed tidak berpolitik pun didalam program tersebut.

Cukup-cukuplah menyuburkan politik kebencian seperti ini. Belajarlah bersyukur dan berterima kasih. Satu pertanyaan, Ketua Bahagian PPBM Bagan Datuk ini tinggal di sana atau di Selangor sekarang ini?

Ini antara jasa-jasa DS Zahid di Parlimen Bagan Datuk:-

1)Kompleks sukan 

2)Politeknik

3)MRSM

4) Dua lagi pusat penididkan di bagunkan di Bagan Datuk Sabda (Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk) & Mabda 

5)Kolej Komuniti Bagan Datuk

6)Giat MARA -rebranding –NAIK TARAF pindah bangunan baru– infra

7) Maritime Technology Academy @ Politeknik Bagan Datuk

8) SMKA Maahad Hamidiah




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.