Adakah Mas Ermieyati ingin ‘menunggang dan bertenggek’ ke atas isu perletakan
jawatan oleh Naib Censelor UKM, Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj.
Toriman sehinggakan beliau membawanya ke dalam perbahasan beliau?
Tahukah Mas Ermieyati bahawa isu perletakan jawatan ini
masih di peringkat siasatan Jabatan Audit Negara dan Dr. Mohd Ekhwan sendiri
telah pun membuat dua laporan polis terhadap fitnah yang dibuat terhadap
beliau.
Membawa masuk isu-isu sensasi yang sedang berlegar di laman
internet yang belum pasti kebenarannya ke sidang parlimen hanyalah satu tindakan mempromosi
diri sendiri bagi mengejar populariti.
Kenapa Mas Ermieyati sebagai ahli parlimen Masjid Tanah
tidak membawa isu rakyatnya di parlimen?
Jawapannya mudah, yang menjaga rakyat di parlimen Masjid
Tanah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dari Barisan Nasional. Mereka
ialah;-
DUN N01 Kuala Linggi: Wakil rakyatnya ialah YB Datuk
Rosli bin Abdullah (BN).
DUN N02 Tanjung Bidara: Diwakili oleh YAB Datuk Seri
Utama Ab Rauf bin Yusoh, yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka (BN)
DUN N03 Ayer Limau: Wakil rakyatnya ialah YB Datuk
Hameed bin Mytheen Kunju Basheer (BN)
DUN N04 Lendu: Diwakili oleh YB Datuk Seri Utama Haji
Sulaiman bin Md Ali (BN)
Soalan mudah kedua, benarkah YB Mas ini suka bertenggek
kononnya ‘projek itu’ dia buat dan ‘projek ini’ dia yang buat?
.jpg)



Comments
Post a Comment