Memalukan bagi seorang ahli parlimen yang tidak tahu membezakan antara berita muka hadapan dengan ‘isi kandungan berita’.
Lihat aksi ahli parlimen Masjid Tanah di sebuah restoran nasi lemak di Kuala Lumpur ketika bertembung dengan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bagaikan melompat bangga memberitahu Perdana Menteri bahawa berita berkenaan beliau ada di muka depan akhbar Utusan Malaysia, lebih kurang inilah yang beliau ucapkan, “Yang Amat Berhormat, saya keluar muka depan…”
Pelanggan yang turut berada di restoran tersebut turut terkejut dan menggeleng kepala, teruk sangatkah ahli parlimen pembangkang mengejar populariti sehingga tidak dapat membezakan antara berita utama dengan berita di muka surat 14?
Kenapa beliau berbohong kepada Perdana Menteri dengan mengatakan berita mengenainya berada di muka utama akhbar itu? Dan selepas Perdana Menteri beredar, pandai pula beliau mengatakan beritanya berada di halaman ke berapa. Mana satu yang betul?
Adakah ini KPI ahli
parlimen pembangkang, berlumba mengejar untuk menjadi tajuk berita utama?


Comments
Post a Comment