Mas Ermieyati Jangan Jadikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Sebagai Alat Kepentingan Politik



Pengerusi PAC, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin perlu berhati-hati apabila menguruskan sesuatu isu yang berkait dengan tugas dan tanggungjawab beliau. Tugas sebagai Pengerusi PAC perlu bersifat ‘neutral’ dan bukan bersifat ‘serangan politil’.

Isu  kerugian urus niaga saham  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu analisis yang menyeluruh dan bukannya cuba menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kelompok atau individu tertentu.

Mas Ermieyati juga perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan media berhubung apa juga langkah yang beliau ambil dan perlu lari dari membina naratif yang berbaur politik.

Apa agenda yang sebenarnya apabila Mas Ermieyati mengeluarkan kenyataan ingin memanggil Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Ketika beliau berhadapan dengan wartawan?

Kenapa Mas Ermieyati tidak memberi ‘fokus siasatan’ sepatutnya kepada KWSP dan Khazanah? 

KWSP ialah badan berasingan yang menguruskan pelaburan berdasarkan pertimbangan mereka sendiri. Oleh itu, tanggungjawab utama terletak pada pengurusan KWSP dan Khazanah Nasional dan bukannya Kementerian Pengangkutan. Malah Kementerian Pengangkutan tidak terlibat dalam keputusan pelaburan KWSP.

PAC sepatutnya menumpukan siasatan pada mekanisme keputusan jual beli saham oleh KWSP, bukannya melibatkan menteri yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan pelaburan tersebut. Timbul persoalan lain hasil dari tindakan memanggil Menteri ini iaitu adakah Mas Ermieyati ingin menjadikan isu urusniaga tersebut sebagai modal politik?

Jika langkah memanggil Menteri Pengangkutan tanpa adanya bukti kukuh keterlibatan beliau di dalam urus niaga ini maka ia boleh dianggap sebagai satu langkah politik untuk mencemarkan reputasi kerajaan dan nama baik Menteri berkenaan. 

Malah adakah ini perancangan pembangkang menggunakan PAC dengan memanggil Menteri Pengangkutan tanpa bukti kukuh bahawa kementeriannya terlibat dalam keputusan jual beli saham? ia boleh dianggap sebagai satu langkah politik untuk mencemarkan reputasi kerajaan. Mas Ermieyati ingin memberi tekanan politik atau ingin mencari kebenaran?

Justeru jika tiada bukti langsung bahawa Menteri Pengangkutan mempengaruhi urus niaga KWSP, tindakan PAC boleh dilihat sebagai bermotif politik dan bukan siasatan berasaskan fakta. Siasatan harus bebas, profesional dan tidak dipengaruhi oleh agenda politik.

Mas Ermieyati perlu memanggil pihak pengurusan KWSP dan Khazanah terlebih dahulu, kerana mereka yang bertanggungjawab ke atas jual beli saham ini.

Jangan sensasikan sesuatu siasatan hanya untuk mendapat ‘mileage’ politik peribadi atau kumpulan tertentu sahaja.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.