Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti semua dokumen diterima daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan pemberian projek bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya masih belum membuka kertas siasatan berkaitan perkara itu, namun penelitian menjurus kepada isu rasuah serta tadbir urus.
"SPRM belum lagi membuka kertas siasatan kerana kita tidak tahu duduk benarnya perkara ini dan bukan semua kes boleh diambil daripada maklumat awam sama ada dari media sosial atau arus perdana sebelum diambil tindakan siasatan kerana dikhuatiri ia memungkinkan timbul andaian ataupun memangsakan seseorang.
"Sebab itu kita biarkan dahulu DBKL menjalankan penyiasatan dalaman mereka dan pegawai integriti kami memang sudah ditempatkan di sana dan pegawai saya juga terbabit dalam siasatan dalaman berkenaan," katanya lada sidang media di sini, hari ini.

Comments
Post a Comment