Antara yang beliau keliru adalah ‘standing order’.
Bagi orang awam yang sentiasa mengikuti sesi perbahasan, mereka akan memahami kenapa ada ahli parlimen berdiri sambil memegang ‘buku’ kecil dan menyebut “standing order yang di Pertua”.
Buku tersebut mengandungi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atau lebih dikenali sebagai Standing Orders of the Dewan Rakyat.
Buku ini mengandungi peraturan dan prosedur rasmi yang mengawal perjalanan persidangan Dewan Rakyat, termasuk peraturan tentang perbahasan, kelakuan ahli, usul, undian, dan kuasa Speaker.
Hadi Awang perlu memahami kenapa setiap kali pembahas dari pihak pembangkang terpaksa dicelah dengan ‘standing order’?
Ini kerana kebanyakan ahli parlimen pembangkang bukan berbahas dengan tertib tetapi lebih kepada provokasi dan memberikan hujah yang tiada asas atau tidak berfakta malah ada yang mengelirukan dewan sehingga menjadi fitnah.
Maka ‘standing order’ adalah untuk menghalang dari terjadinya persepsi yang tidak baik pada isu yang dibangkitkan.
Bagi Hadi Awang, dalam isu ‘standing order’ ini beliau gagal memahami perbezaan demokrasi, kebebasan bersuara dan fitnah yang cuba disebarkan.
Sidang parlimen bukan satu majlis untuk selamatkan diri seperti yang didakwa oleh Hadi. Bagaimana Hadi Awang boleh berfikiran begitu sedangnkan Perdana Menteri sendiri menjawab soalan dalan sesi 'PMQ' beliau dan parlimen adalah tempat wakil rakyat membawa permasalahan rakyat yang mereka wakili, bukannya tempat berceramah politik.
Ketika Hadi membaca sepotong hadis berhubung ‘orang yang dapat menahan diri dari amarah’ pun Hadi Awang seperti meludah ke muka ahli parlimen pembangkang yang begitu agresif sikapnya.
Memekik terlolong dan memekak kebiasaannya datang dari blok pembangkang. Nampak sangat Hadi Awang tidak ikuti perbahasan walaupun tidak hadir. Beliau ‘ponteng’ terus nampaknya. Hadir pun tidak, ikuti siaran langsung pun tidak dan tengok rakaman pun tidak?.
Sudah sampai masanya PAS menukar nakhoda. Imej parti terjejas teruk!

Comments
Post a Comment