‘Berbuka Puasa’: Mereka Bagaikan Berlumba Mengejar Dosa



Masih ada lagi jenis manusia yang suka ‘ambil sekerat’ kenyataan untuk dijadikan modal politik kebencian. Apabila di pentas ceramah mereka adalah golongan paling basah bibirnya dengan perkataan ‘husnuzon’ tetapi pada hakikatnya itu janyalah penyamaran penggunaan bahasa arab supaya nampak alim bila dapat menyebutnya dengan nahu yang betul.

Semalam bagaikan terkena sampuk hantu Mak Lampir, golongan ini bergentayangan menyerang Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung kenyataan beliau tentang jadual sekolah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Jawapan spontan dengan gaya berseloroh oleh menteri berkenaan diambil separuh dari konteks penjelasan sepenuhnya.

Anda boleh tengok siapa yang begitu bersungguh membina naratif politik kebencian seolah-olah Fadhlina Sidek seorang yang tidak berperikemanusiaan. Seperti biasa sasaran sebenarnya adalah Kerajaan Madani.

Siapa tidak kenal perangai Radzi Jidin, Mas Ermieyati dan wartawan Harakah yang pernah ‘ditangkap’ ketika menceroboh satu majlis di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Lengkap jalur naratif bebal mereka, ada tukang membuat konten, spesis palatao dan ada tukang sebarkan persepsi jahat ini.

Bulan puasa dah dekat, banyak-banyaklah bertaubat.


Tukang Karut


Tukang Sebar Benda Karut Atau Batu Api



Spesis Palatao


Tukang 'Defend', UMNO jugaklaa



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.