Beberapa ekor ular sawa dilepas dalam longkang di Putra Heights

 


Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang di Putra Heights, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati ular sawa berkenaan telah dilepaskan pada pertengahan Januari lalu.

"Siasatan dijalankan oleh Ketua Polis Balai Putra Heights dan mendapati ular itu dilepaskan pada pertengahan bulan lalu.

"Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, laporan kejadian itu dibuat oleh pengadu seorang lelaki tempatan pada jam 10.15 pagi, 3 Februari lalu, selepas melihat satu video menerusi aplikasi WhatsApp dan telah melihat dua lelaki dan seorang wanita melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights.

Katanya, pengadu datang ke Balai Polis Putra Heights dan membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.

Terdahulu, tular tindakan dua lelaki dan seorang wanita menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih menerusi satu video yang disiarkan dalam aplikasi Telegram.

Jika diperhatikan dengan teliti, ular sawa itu bukannya tiga ekor. Malah lebih banyak dari yang dilaporkan



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.