Beberapa kes yang terkait dengan permohonan Gag Order:-
1. Kes Datuk Seri Najib Razak – SRC International (2018)
Peguam beliau memohon Gag Order untuk menghalang media dan orang awam daripada membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi kes.
Keputusan Mahkamah:
Mahkamah Tinggi membenarkan Gag Order sementara pada Julai 2018, tetapi kemudiannya membatalkan perintah itu pada Oktober 2018, dengan alasan kebebasan media dan hak masyarakat untuk mendapatkan maklumat.
2. Kes Altantuya Shaariibuu (2007-2009)
Mahkamah mengeluarkan Gag Order bagi mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keadilan.
3. Kes Dato’ Sri Anwar Ibrahim – Kes Liwat II (2010-2015)
Mahkamah mengenakan Gag Order bagi menghalang pihak terlibat daripada memberi komen yang boleh mempengaruhi kes.
4. Kes Roger Ng – Skandal 1MDB (2019)
Mahkamah mengenakan Gag Order untuk menghalang pihak-pihak berkaitan daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan perbicaraan.
5. Kes Siti Aisyah – Pembunuhan Kim Jong-nam (2017)
Merupakan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di KLIA2 pada 2017.
Disebabkan sensitiviti kes yang melibatkan hubungan diplomatik antarabangsa, mahkamah mengenakan Gag Order untuk mengawal kenyataan pihak berkenaan.
6. Kes Muhammad Adib Mohd Kassim – Kematian Anggota Bomba (2018-2019)
Mahkamah mengenakan Gag Order bagi mengelakkan kenyataan yang boleh mempengaruhi keputusan inkues dan menimbulkan ketegangan kaum.
7. Kes Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng – Kes Terowong Dasar Laut (2020)
Mahkamah mengenakan Gag Order untuk menghalang mana-mana pihak daripada membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi perbicaraan.
Kes masih dalam proses perbicaraan.
8. Kes Alvivi – Isu Video dan Gambar Sensitif (2013)
Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi) didakwa di bawah Akta Hasutan kerana memuat naik gambar dan video yang menghina Islam.
Mahkamah mengenakan Gag Order bagi menghalang mereka daripada mengeluarkan kenyataan lanjut di media sosial yang boleh memburukkan keadaan.
Maksudnya Perintah Gag Order ini berlaku hanya dalam kes berprofil tinggi yang boleh menjejaskan perbicaraan atau menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Kesimpulannya, Perintah Gag Order adalah bagi kes yang melibatkan kepentingan negara, hubungan diplomatik, dan isu sensitif seperti kaum dan agama lebih cenderung dikenakan perintah larangan ini.
Perlu diingat bahawa tidak semua Gag Order berkekalan, kerana ia boleh dicabar di mahkamah, seperti dalam kes Najib Razak.
Di dalam isu terkini yang melibatkan titah rasmi addendum terhadap hukuman tahanan rumah kepada Najib Razak. Kita perlu fahami bahawa yang membuat permohonan Gag Order adalah Peguam Negara dan bukannya memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said.
Malah ucapan terima kasih DS Zahid kepada DS Azlina telah dimanipulasikan. “Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order”.
Menurut DS Azalina, apa yang sebenarnya berlaku adalah kenyataannya merujuk kepada pendirian kami, Ahli-ahli Parlimen blok Barisan Nasional berhubung isu ini dalam mematuhi Peraturan Mesyuarat 36(2) bahawa ahli-ahli tidak boleh mengucapkan perkara yang sedang diadili Mahkamah (subjudis) dengan cara yang mungkin pada hemat Pengerusi merosakkan kepentingan pihak-pihak di dalam kes tersebut. Keputusan tersebut berkaitan larangan membahaskan dan membincangkan perkara berkaitan Titah Adendum dalam Dewan Rakyat.
DS Azalina tidak pernah menyokong gag order, malah belau telah menyatakan bahawa ia tidak sepatutnya dibuat. Ini adalah pendirian beliau dan beliau tidak pernah memberi arahan kepada Peguam Negara kerana Peguam Negara bertindak secara bebas dan tidak mendapat arahan daripada Menteri Undang-Undang.
DS Azalina kekal mempertahankan ketelusan dan hak bersuara mengikut undang-undang.
Oleh itu, kenyataan beliau perlu difahami dalam konteks tersebut dan bukannya sebagai pendirian Kerajaan terhadap gag order secara umum.

Comments
Post a Comment