Angka Kemasukan Pelancung: Mas Ermieyati Guna Formula Apa


PARLIMEN: Semalam dalam perbahasan, YB Mas Ermieyati menyelar Menteri Pelancungan kononnya angka yang terdapat di dalam jawapan rasmi bercanggah denga napa yang diberitakan di dalam satu portal berita internet.

Angka rasmi dari Menteri adalah lebih kurang 26 juta orang berbanding dengan jumlah dari sebuah portal berita iaitu seramai lebih kurang 37 juta orang. Jumlah ini berdasarkan rekod kemasukan dari bulan Januari 2024 sehingga bulan Disember 2024.

Dari hujah ahli parlimen Masjid Tanah, Melaka ini nampaknya masih menggunakan rujukan sumber yang tidak dibenarkan oleh Dewan Parlimen seperti dari portal berita internet.

Sebagai bekas Timbalan Menteri Pelancungan, Mas Ermieyati lebih arif membezakan laporan rasmi dengan laporan awal berita yang sudah tentunya bukan satu angka yang tepat.

Jika isu keabsahan jumlah kemasukan pelancungan asing ini dijadikan isu politik maka Mas Ermieyati masih belum berubah. Perangai ‘bertenggek’ menumpang atau menggunakan isu demi populis masih menebal. Di Melaka semua orang sudah sedar bahawa beliau suka ‘bertenggek’ menumpang isu kononnya beliau yang buat itu dan ini. Pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Mas Ermieyati juga cuba melaga-lagakan dengan mengheret kakitangan Kementerian pelancungan dengan Menteri Pelancungan di dalam isu ini kononnya mereka tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Pelancungan, YB Tiong King Sing?

Menurut Mas Ermieyati, pelancung harian yang keluar masuk tidak dikira sebagai pelancung? Adakah mereka yang masuk dan keluar di hari yang sama tidak berbelanja di negara kita walaupun aktiviti mereka hanya di sekitar sempadan?

Mas Ermieyati faham atau tidak konsep ‘kitaran ekonomi domestik’ yang kesannya begitu cepat kepada warga setempat. Bagaimana beliau boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.