Dalam kes Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Badan Peguam amalkan ‘Double Standard’ dan alat parti politik?
Rakyat tidak bodoh dan rakyat tidak pernah lupa apa yang berlaku di dalam sejarah mahkamah terutama yang melibatkan kepimpinan politik termasuk kes Rafizi pada tahun 2018. Kes ini boleh menjadi rujukan kepada Badan Peguam supaya sedar bahawa apa yang mereka suarakan terhadap kes Presiden UMNO itu jauh tersasar.
Kes Rafizi boleh dijadikan perbandingan yang tepat tentang apa yang Badan Peguam sifatkan terhadap permohonan keputusan Peguam Negara yang memohon Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram, bertentangan kepentingan awam dan patut dibatalkan.
Rafizi dipanggil bela diri, masuk peringkat pembelaan dan disabitkan bersalah di Mahkamah Sesyen dan dihukum 30 bulan penjara pada 2018. Apa yang berlaku selepas itu adalah Rafizi membuat rayuan di Mahkamah Tinggi pada tahun 2019 dan beliau menang. Sabitan dibatalkan sepenuhnya. Ketika ini Badan Peguam sudah wujud dan tidak bersuara.
Pihak pendakwa kemudiannya memfailkan rayuan tetapi Peguam Negara ketika itu adalah Tommy Thomas dan beliau terkejut kerana dia sendiri tidak tahu tentang rayuan tersebut. Tommy mengatakan bahawa rayuan tersebut bertentangan dengan apa yang beliau telah putuskan dan Tommy menarik balik rayuan, Rafizi bebas sepenuhnya. Ketika ini Badan Peguam sudah wujud dan tidak bersuara juga.
Adakah ketika kes Rafizi ini Badan Peguam tidak melihat ianya sebagai ‘menghakis kepercayaan awam’?
Kenapa Ambiga sengaja tidak melihat perbezaan kes Rafizi dan Zahid?
Rafizi telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman pada 2018 , kemudian menang rayuan pada tahun 2019, pihak pendakwa buat rayuan ke atas keputusan pada tahun 2019 , kemudian dengan ‘campurtangan’ Tommy Thomas, Rafizi bebas sepenuhnya. Sedangkan dalam kes yang melibatkan Zahid hanya sampai tahap bela diri saja.
Adakah pandangan awam yang turut memilih atau Badan Peguam yang memilih kes berdasarkan kecondongan sokongan politik?

Comments
Post a Comment