Ini adalah antara petikan dari apa yang tertulis di halaman satu-satunya portal yang menjadi lidah rasmi perjuangan politik PAS. Apa yang tertera di laman tersebut adalah dari ‘minda’ Presiden PAS sendiri dan diterbitkan mungkin secara berkala:
Apa yang berlaku di hadapan mata kita sekarang bukan kerana hasil tidak mencukupi, tetapi berpunca daripada mereka yang bebal, tidak amanah dan jahil terhadap agama, bahkan khianat terhadap harta negara dan berlaku zalim terhadap rakyat kerana tidak berlaku adil kepada semua kerana memberi secara terpilih mengikut penyokong, kroni dan pengampu sahaja. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketidakcekapan, kekurangan ilmu serta sikap berlagak tahu segala-galanya.Terdapat negara yang hasilnya terlalu banyak sehingga harga bahan bakar lebih murah daripada air minuman, tetapi berfoya-foya dengan kekayaan, dilaburkan di negara kaya untuk menambah hasil haram seperti riba, perjudian dan hiburan yang tidak membantu negara miskin dan rakyat yang memerlukan. Selain itu, terdapat bantuan yang bocor sehingga tidak sampai kepada rakyat, dan ada pula yang bersikap zalim apabila tidak diberikan kepada yang berhak kerana dianggap musuh.
Apa yang menjadi persoalan ialah dengan panjang lebar terjemahan yang dibuat dari beberapa petikan dari kisah sejarah Nabi Yusuf a.s dengan Raja Mesir, memetik ayat quran dengan membuat tafsiran sendiri dan terhasil sebuah pandangan yang di atas, tiada satu pun ayat yang beliau huraikan tentang hukum ponteng dari tanggungjawab sebagai manusia yang diberi mandat oleh rakyat.
Apakah menjadi kelaziman, cerita sejarah Nabi dan huraian quran dan hadis ditujukan kepada orang lain dan bukan kepada muka sendiri?.
Tambah Hadi;
Banyak negara yang mengambil teladan daripada pengurusan Nabi Yusuf AS, antaranya ialah Republik Islam Iran yang bersedia untuk kehidupan rakyat terlebih dahulu dengan hasil dan ilmunya termasuk dalam aspek keselamatan dan pertahanan negara, makanan rakyatnya cukup, kemudahan rakyat dijaga dan pertahanannya kuat. Negara Jepun juga memberi subsidi yang mencukupi kepada para petani dan menyediakan kemudahan rakyat daripada hasil sumber lain yang banyak.
Adakah Presiden PAS tidak pernah maklum tentang apa inisiatif dari kerajaan pusat kepada rakyat sebelum dan ketika krisis perang Iran-Amerika/Israil berlaku termasuk pengekalan subsidi petrol dan penambahan bantuan kepada pengguna minyak diesel. Menyebut tentang kecukupan makanan bagi rakyat Iran dan Jepun memberi subsidi sebenarnya apa niat Hadi Awang? Ingin nyatakan Malaysia tidak lakukan kepada rakyatnya?
Malah menurut individu yang bernama Dato Dr Ismail Salleh, Hadi Awang melalui akaun facebooknya juga ada menyatakan;
"Tidak mengawal harga barangan yang lebih perlu kepada rakyat miskin seperti diesel yang banyak digunakan oleh petani, nelayan, para pekerja pembangunan dan sebagainya seperti barang makanan, pakaian, kediaman dan pengangkutan. Sebaliknya, hanya menjaga kepentingan mereka yang berada, mempunyai harta dan berpangkat."Harta negara diambil dengan adil dan perlu dibahagikan dengan adil juga, mewajibkan para pemerintah yang berakhlak dan berilmu, bukan pemimpin yang bebal atau bangang,".
Rakyat boleh menilai bagaimana seorang ahli parlimen yang duduk di kerusi tersebut berpengal-penggal masih tidak faham bagaimana negara ini bertindak sekiranya berlaku krisis yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.
Perangai lebai PAS yang memberi kuliah di masjid dan surau adalah sama sahaja. Ketika mereka membaca ayat quran atau hadis dan terjemahannya, kesemuanya betul tetapi apabila tiba bab huraian maka mereka akan menjadikan pihak lain terutamanya lawan politik mereka sebagai sasaran serangan seakan ‘tafsiran’ tersebut adalah untuk pihak parti lawan sedangkan tafsiran sebenarnya adalah bukan bermaksud sedemikian.
Pihak Majlis Agama di setiap negeri dalam negara ini perlu memeriksa latar belakang ‘ustaz’ yang ‘membuka kitab’ di masjid dan surau kerana terdapat juga yang tidak layak dari segi akademik untuk memberi tafsiran ayat quran dan hadis. Ada juga dikatakan hanya berkelulusan Bahasa Arab tetapi memberi kuliah tafsir? Ambil pula pengajian bahasa tersebut hanya setahun di Timur Tengah dan pulang berlagak alim besar?
.jpeg)
Comments
Post a Comment