Bar Council Hanya ‘Menyerang’ Kepentingan UMNO?


Sudah tidak mampu disembunyikan lagi peranan utama Bar Council atau Badan Peguam di Malaysia ini atau mudah untuk faham, kumpulan ini adalah persatuan peguam sahaja dan tidak lebih dari itu. Persatuan yang sama dengan persatuan lain termasuk persatuan peniaga pasar malam yang sepatutnya menguruskan kebajikan ahli dan bukannya menyibukkan diri dengan menjadi ‘barua’ kepada parti politik.

Terkini di dalam kes yang melibatkan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut persatuan ini melalui Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, Mahkamah Rayuan diberitahu keputusan Peguam Negara memohon Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram, bertentangan kepentingan awam dan patut dibatalkan.

Apa yang membuka mata rakyat yang cerdik dan non partisan adalah kenapa persatuan ini tidak melakukan perkara yang sama terhadap kes yang melibatkan pihak yang ‘memusuhi’ UMNO dan Barisan Nasional.

Antara kes yang menimbulkan persoalan adalah:

1. Rafizi dipanggil bela diri, masuk peringkat pembelaan dan disabitkan bersalah di Mahkamah Sesyen dan dihukum 30 bulan penjara pada 2018. Apa yang berlaku selepas itu adalah Rafizi membuat rayuan di Mahkamah Tinggi pada tahun 2019 dan beliau menang. Sabitan dibatalkan sepenuhnya.

2. Kes Tamrin Ghafar juga telah dipanggil membela diri, DPP tarik balik pertuduhan selepas mendapat representasi Tamrin.

3. Kes Harris Ibrahim yang bukan setakat dipanggil bela diri tetapi telah pun dijatuhkan hukuman. Merayu di peringkat Mahkamah Rayuan dan dibebaskan.

4. Kes Lim Guan Eng, apabila kesnya dibuang dan semua yang terlibat termasuk rakyat terkejut tetapi malang Bar Council Bar Council kata mereka tidak terkejut. Menurut mereka, amalan menarik balik kes adalah amalan biasa Peguam negara dan \kuasa mendakwa atau tidak (termasuk menghentikan pendakwaan) seseorang adalah kuasa Peguam Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Apa yang jeleknya tindakan Bar Coucil adalah walau representasi Zahid diterima oleh Peguam Negara, mereka mencelah dengan mengatakan tindakan Peguam Negara menarik balik kes Zahid adalah satu pengkhianatan.

Rakyat yang cerdik boleh menilai siapa mereka dan apa peranan tertubuhnya persatuan ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.