“Architect of Governance”: Di Mana Peranan Pemimpin UMNO-BN Saat Ini


Sudah mula kedengaran suara-suara sumbang yang cuba meremehkan keberadaan pemimpin UMNO-BN di dalam Kerajaan Perpaduan di saat negara dilihat dilanda dengan pelbagai isu terutama yang terkait dengan rakyat pada hari ini.

Mungkin kelemahan pemimpin atau Menteri dari UMNO-BN adalah mengekalkan cara mereka dengan bekerja dan tidak banyak bercakap mengenai apa yang mereka lakukan. Mungkin kerana pemimpin UMNO-BN diasuh dan dilatih sejak dari awal Merdeka sehinggalah kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 dengan cara bekerja sedemikian, “bekerja dengan tangan dan bukannya dengan mulut..”.

Apa yang sepatutnya pihak di luar sana terutama pembangkang, jika ingin politikkan keberadaan pemimpin UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan maka perkara utama yang perlu mereka lakukan adalah melihat sekejap ke belakang.

Sejak PRU14, negara kita telah melalui empat kali pertukaran kerajaan namun realitinya tiada satu pun kerajaan tersebut mampu menandingi rekod kecemerlangan urus tadbir Kerajaan BN di dalam ehwal menjaga ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk menjaga perpaduan antara kaum dan kepelbagaian anutan.

Apa yang berlaku sekarang adalah, pemimpin UMNO-BN cuma pelaksana dalam portfolio tertentu sahaja tetapi hasilnya amat memberansangkan.

Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berjaya menurunkan kadar kemiskinan luar bandar dari 12.9% kepada paras 9.9%. Kemiskinan tegar pula hampir sifar iaitu 0.09%.

Beliau memperkasakan TVET dan hasilnya adalah kebolehpasaran graduan TVET bawah kementeriannya telah mencecah 98.7%. Dari sini lahirlah ‘budak asal kampung’ berupaya memiliki skil bertaraf global dan akhirnya migrasi ke bandar turun mendadak ke paras 0.5% berbanding 2.4 peratus sebelum ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga melancarkan Pelan Strategik KKDW 2026-2030 sebagai hala tuju baharu pembangunan luar bandar bagi tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang memegang portfolio Menteri Luar Negeri. Berjaya melakukan tindakan responsif dalam membantu rakyat Malaysia di zon konflik atau krisis. Konsisten menyuarakan sokongan Malaysia terhadap Palestin di pentas antarabangsa dan menggerakkan bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik. Ini diantaranya selain memperjuangkan kesepakatan ASEAN dalam isu geopolitik.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad yang memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi. Tahun lalu, industri sawit negara memecah rekod pengeluaran 20.28 juta tan. Nilai eksport mencecah RM112.51 bilion. Harga purata minyak sawit mentah (MSM) juga meningkat daripada RM4,179 setan pada 2024 kepada RM4,292 setan pada 2025, merekodkan kenaikan sebanyak 2.7 peratus.

Ini menunjukkan aliran wang terus masuk ke dalam poket rakyat. Bukan sekadar angka atas kertas tetapi ianya adalah sumbangan 3% kepada KDNK negara.

Hasil ini juga adalah rentetan keberkesanan polisi yang diusahakan oleh Menteri sebelumnya iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang telah bertukar portfolio sebagai Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri.

Ketika Datuk Seri Johari Abdul Ghani, beliau juga berjaya mempertahankan kepentingan industri minyak sawit di peringkat antarabangsa dan menangani kempen negatif dan sekatan terhadap sawit Malaysia. Malah turut berjaya membuka dan memperluas pasaran baharu bagi komoditi seperti sawit, getah dan koko serta memperkukuh pensijilan seperti MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil) bagi meningkatkan kredibiliti global.

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia. Memberi fokus kepada usaha memperkukuh keupayaan pertahanan melalui perolehan dan naik taraf aset ketenteraan. Penekanan kepada kesiapsiagaan menghadapi ancaman moden termasuk keselamatan maritim dan siber. Juga penambahbaikan aspek kebajikan termasuk perumahan, kesihatan dan kesejahteraan anggota serta veteran.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato' Sri Azalina binti Othman Said yang juga memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) melakar sejarah negara apabila Malaysia berjaya dapat kemenangan besar dalam kes tuntutan Sulu.

Paris Court of Appeal pada Disember 2025 membatalkan sepenuhnya tuntutan lebih RM61 bilion yang dibuat oleh pihak Sulu. Mahkamah juga arah pihak tersebut membayar kos kepada Malaysia. Ini kemenangan penting lindungi kedaulatan Malaysia, terutama Sabah.

Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir pula di Kementerian Pendidikan Tinggi dengan memberi fokus kepada peningkatan usaha padanan industri–universiti bagi tingkatkan kebolehpasaran graduan. Memperluas jaringan kerjasama universiti tempatan dengan institusi luar negara dan menjadikan Malaysia terus jadi hab pendidikan serantau, menarik lebih ramai pelajar antarabangsa. Juga melakukan penambahbaikan kemudahan dan inisiatif sokongan pelajar termasuk isu kos sara hidup.

Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, baru dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Sebelum ini beliau memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau menggerakkan dasar dan program bagi meningkatkan penggunaan teknologi dalam ekonomi dan menyokong pembangunan ekosistem inovasi dan startup tempatan.

Mereka kurang masa dengan ‘handphone’, jarang sangat naik pentas ceramah politik, mereka banyak masa dengan rakyat. Dan dengan kuasa portfolio yang terhad pun menteri-menteri dari UMNO-BN mampu membuktikan hasil yang luar biasa, bayangkan jika rakyat memberi mandat penuh semula.

Sepatutnya pembangkang bertanya, “apa peranan pembangkang di saat negara menghadapi krisis global ini?” dan “Ada tak cadangan atau alternatif selain perlaksanaan kerajaan yang nampak cacat di mata pembangkang?”.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.