Akses Kepada Keadilan Bukan Lagi Menjadi Hak Eksklusif Sesetengah Golongan - Azalina


Datuk Seri Azalina Othman Said, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), kini aktif memperkasakan penggiat seni melalui kerjasama antara FINAS dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), termasuk inisiatif mediasi percuma. Beliau komited membantu karyawan seni yang terkesan dengan isu kebankrapan.

Kerajaan akan menawarkan proses mediasi percuma bagi kes yang mempunyai pertikaian perundangan membabitkan semua jenis kontrak bernilai di bawah RM250,000 kepada umum menjelang Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan pro bono itu perlu merujuk pertikaian perundangan kes terbabit kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) terlebih dahulu.

“Bantuan ini diberikan selepas mengambil kira proses mediasi ketika ini hanya boleh diadakan selepas pihak yang mempunyai pertikaian perundangan memfailkan kes mereka di mahkamah.

“Kami harap perkhidmatan ini dapat membantu mereka menyelesaikan pertikaian melalui proses mediasi dengan kos perundangan akan diserap oleh AIAC,” katanya.

Azalina dalam mengatakan bahawa proses mediasi itu adalah penyelesaian pertikaian alternatif yang ditawarkan menerusi reformasi perundangan melalui Rang Undang-Undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025.

Menurut Azalina, pendekatan itu adalah lebih cepat, fleksibel dan kos efektif berbanding litigasi, sekali gus memberi manfaat besar kepada semua pihak termasuk penggiat seni yang berdepan pertikaian kontrak, hak cipta atau urusan komersial tanpa perlu menanggung kos guaman tinggi.

Beliau berkata pendekatan itu adalah selari dengan pendirian kerajaan yang mahu akses kepada keadilan bukan lagi menjadi hak eksklusif sesetengah golongan, sebaliknya untuk semua warga Malaysia.

Dalam pada itu, Azalina berkata prestasi pencapaian bagi pelepasan kes kebankrapan pada 2025 melepasi sasaran ditetapkan apabila 204,000 kes berjaya diselesaikan.

Beliau berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 176,000 kes pelepasan kebankrapan yang dicatatkan pada 2024.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.