Tidak Cukup Dengan Kenyataan Di Facebook: Rafizi Patut Beri Laluan SPRM Siasat


Naratif bahawa Rafizi Ramli perlu memberi laluan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tidak wajar dilihat sebagai serangan politik semata-mata. Ia perlu dinilai dari sudut lebih besar yang menyentuh integriti kerajaan, ketelusan proses membuat dasar serta kepercayaan rakyat terhadap institusi negara. Isu ini bukan soal mempertahankan individu tetapi soal mempertahankan prinsip tadbir urus yang bersih dan berwibawa.

Persoalan utama yang timbul bukan sekadar sama ada Rafizi bersalah atau tidak tetapi sama ada Perdana Menteri, kabinet dan Jabatan Peguam Negara telah diberikan gambaran yang salah atau sebaliknya dalam meluluskan dasar-dasar besar negara.

Dua dasar yang dipersoalkan, Visi Silikon dan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), bukan dasar kecil, sebaliknya strategi nasional yang dilancarkan sendiri oleh Anwar Ibrahim selepas melalui proses kelulusan berlapis di peringkat jawatankuasa teknikal, kementerian berkaitan dan Jemaah Menteri. Jika benar berlaku penyelewengan, implikasinya bukan hanya kepada Rafizi tetapi kepada keseluruhan jentera kerajaan yang meluluskan dasar tersebut.

Jadi Rafizi perlu memberi ruang yang seluasnya kepada SPRM membuat siasatan dari pelbagai aspek termasuk benarkah wujud nama bekas rakan kongsi Rafizi (dalam syarikat Invoke) dianugerahkan projek tersebut.

Juga, biarlah SPRM menyiasat adakah kerajaan telah membuat pembayaran kepada syarikat ARM Holdings Plc dan bekas pegawai khas Rafizi yang bernama James Chai kini berada di dalam syarikat ARM Holdings Plc?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.