Kebergantungan Perikatan Nasional (PN) kepada Hamzah Zainudin di Parlimen dilihat sebagai isyarat salah kepada penyokong sendiri. Dalam struktur politik yang sepatutnya kemas dan berhierarki, keputusan ini mencerminkan krisis arah, krisis kepimpinan dan krisis kepercayaan yang mengelirukan ahli dan penyokong.
Ramai penyokong PAS kecewa terutama kumpulan siber walaun, mengapa bukan Ahmad Samsuri? Bukankah Ahmad Samsuri Mokhtar baru dilantik sebagai Pengerusi PN? Jika benar pelantikan itu bermakna, mengapa peranan strategik di Parlimen tidak diserahkan kepadanya? Lebih mengelirukan, mengapa bukan wakil daripada PAS sedangkan pengerusi PN sendiri datang daripada PAS? Atau sekurang-kurangnya tokoh utama daripada Bersatu yang masih setia dengan parti?
Sebaliknya, PN memilih untuk bersandar kepada Hamzah, seorang Ahli Parlimen yang kini berstatus bebas. Hamzah bukan lagi pemimpin Bersatu yang sah, namun beliau diberi peranan seolah-olah masih memegang kunci kuasa di blok pembangkang.
Adakah kerana Hamzah menguasai sokongan 18 Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat dan yang meletak pelbagai jawatan kerana tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin? Jika ya, maka realitinya jelas bahawa kuasa di Parlimen bukan lagi ditentukan oleh parti, tetapi oleh kumpulan yang ada misi dan visi peribadi?
Keadaan ini menjadikan PN tampak seperti gabungan yang tidak sepakat secara dalaman. PAS menyokong Hamzah. Hamzah pula tidak menyokong Muhyiddin. Bersatu terpecah dua. Jadi, apakah bentuk gabungan politik sebenar PN hari ini? Adakah ia gabungan parti, atau sekadar pakatan longgar antara PAS, serpihan Bersatu dan kumpulan Ahli Parlimen Bebas?
Jika PAS benar-benar dominan dalam PN, mengapa PAS tidak mengetuai barisan Parlimen secara jelas? Jika Bersatu masih tonggak, mengapa kepimpinan Parlimen diserahkan kepada individu yang tidak lagi bersama parti? Dan jika Hamzah dianggap paling berpengaruh, maka PN sebenarnya sedang mengakui bahawa kekuatan sebenar mereka bukan pada struktur parti tetapi pada perpecahan Bersatu itu sendiri.
Sedih melihat betapa gigihnya kumpulan siber walaun yang begitu totok menyokong Samsuri dan inginkan Samsuri menjadi PM11.
Ada suara sinis kata, Samsuri setuju jadi Pengerusi PN kerana itu tiket di luangkan masa yang banyak di KL kerana beliau memang suka berada di rumahnya di Bangi?
Ada suara sinis kata, Samsuri setuju jadi Pengerusi PN kerana itu tiket di luangkan masa yang banyak di KL kerana beliau memang suka berada di rumahnya di Bangi?

Comments
Post a Comment