Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun tiba-tiba dijadikan bahan serangan kumpulan yang anti kerajaan Madani.
Sebenarnya mereka gagal memahami dan panik malah gagal untuk memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan bukan kitab suci. Ia digubal oleh manusia untuk manusia dan boleh dipinda mengikut mandat rakyat serta keperluan zaman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan sendiri oleh Anwar Ibrahim pada 3 Mac.
Mengapa had tempoh penting?
Dalam sistem yang memberi pengaruh besar kepada Eksekutif, tempoh memerintah terlalu lama berisiko memusatkan kuasa, melemahkan budaya semak dan imbang serta membuka ruang penyalahgunaan kuasa demi kelangsungan politik. Had masa mencipta peralihan kepimpinan yang lebih teratur, menyuburkan persaingan sihat dan memulihkan keyakinan awam terhadap institusi negara.
Untuk rekod, had 10 tahun ini bukan idea baharu. Ia adalah janji manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum lalu. Apabila kerajaan menunaikan janji, tiba-tiba ada yang marah dan apabila janji tidak ditunaikan, mereka memekak. Kumpulan anti Madani nak apa sebenarnya?
Yang lebih penting, RUU ini bukan muktamad untuk selama-lamanya. Jika pada PRU akan datang rakyat memberikan mandat kepada kerajaan baharu, Parlimen boleh meminda semula termasuk mengembalikan tempoh khidmat Perdana Menteri kepada peruntukan asal. Itulah demokrasi berparlimen, mandat rakyat menentukan, bukan sentimen emosi.
Maka kepada kelompok anti Kerajaan Madani, berhentilah melampau sehingga menyerang, menghina dan memfitnah Datuk Seri Azalina. Tugas beliau adalah melaksanakan reformasi undang-undang, menyesuaikannya dengan realiti semasa dan membentangkannya di Parlimen, bukan menjawab isu yang berada di bawah bidang tugas Peguam Negara.
![]() |
| Poster ini boleh memberi gambaran yang salah |
Tidak perlu latah dan gusar jika pemimpin kegemaran anda berdepan had tempoh. Jika anda mahu pemimpin itu memerintah “100 tahun”, menang PRU dan pinda semula RUU ini. Undang-undang negara boleh diubah melalui proses sah kerana ia bukan al-Quran.
Reformasi bukan ancaman, tetapi perlindungan kepada institusi, demokrasi dan rakyat.


Comments
Post a Comment