Pengerusi PN Baharu: Perlantikan Samsuri Menandakan Slogan "Kepimpinan Ulama" Berkubur

kenapa tiada Presiden parti lain bersama?

"Kepimpinan Ulama"

"Negara Islam"

"Hukum Hudud"

"Ulama Memimpin"

Itulah antara slogan yang digunakan oleh PAS apabila tiba musim pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Slogan yang direka semata-mata untuk menyakinkan pengikut dan pengundi bahawa hanya PAS adalah parti politik paling Islamik di Malaysia.

Akhirnya hari ini terjawab, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang yang berpendidikan agama tidak layak untuk menjadi Pengerusi Perikatan Nasional bagi menggantikan tempat Muhyiddin yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Menurut Takiyuddin, pemilihan Samsuri adalah berdasarkan rekod PN mengalahkan UMNO BN di DUN Terengganu dengan 32-0 dan parlimen Terengganu 8-0.

Satu perkara yang Takiyuddin lupa atau mungkin merasakan Samsuri mempunyai rekod bersih iaitu isu penjualan tanah milik kerajaan negeri kepada NGO Isteri Wakil Rakyat yang mana isteri Samsuri adalah Pengerusi NGO tersebut dan beberapa lot tanah lain lagi.

Khabarnya SPRM masih belum menutup siasatan terhadap kes tersebut?

Malah rekod pentadbiran Samsuri di Terengganu tidak membanggakan dengan kedudukan prestasi ekonomi negeri yang corot.

Model ekonomi apa yang Samsuri ingin bawa Malaysia kelak?

Pemerhati politik Terengganu berpandangan, PAS mungkin sudah boleh menerima Presiden dari golongan bukan agamawan dan tidak suka berkopiah.


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.