Pemukiman Jentera Pilihan Raya PAS Pahang: Aset Negeri Terengganu Disewa atau Diguna Percuma?


Isu penggunaan aset milik kerajaan negeri Terengganu kembali mencuri perhatian apabila tular di media sosial dakwaan bahawa jentera pilihan raya PAS Pahang menggunakan fasiliti kerajaan negeri untuk program pemukiman mereka. Persoalan yang kini berlegar dalam kalangan rakyat ialah berapa bayaran sewaan yang dibuat atau adakah ia diberikan secara percuma?

Malah, adakah aset ini boleh disewa kepada siapa sahaja termasuk parti politik?


Tumpuan netizen terarah kepada Darul Iman Training Centre, sebuah pusat latihan yang dikaitkan dengan pengurusan aset negeri. Dakwaan penggunaan pusat ini oleh jentera PAS Pahang semakin kuat apabila Ahmad Samsuri Mokhtar, selaku Menteri Besar Terengganu, memuat naik jemputan menghadiri majlis penutup pemukiman tersebut di akaun Facebook beliau sendiri.


Status Samsuri: Alhamdulillah, dapat hadir memenuhi jemputan bagi merasmikan Majlis Penutup Pemukiman Jentera Pilihan Raya PAS Pahang.

Semoga segala perancangan yang dirangka diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan demi kemenangan yang berlandaskan prinsip, dipandu hikmah dan diraih dengan penuh tanggungjawab kepada agama dan masyarakat.

Situasi ini mencetuskan persoalan serius berkaitan tadbir urus dan ketelusan. Jika aset milik kerajaan negeri memang dibuka kepada semua pihak, termasuk parti politik, maka Samsuri wajar tampil dengan kenyataan rasmi. Lebih penting, agensi terlibat termasuk Pengurusan Aset Negeri Terengganu perlu mengemukakan kenyataan bertulis lengkap yang memperincikan:

1. Pekeliling atau peraturan yang membenarkan penyewaan,
2. Kadar sewaan,
3. Terma penggunaan,
4. Serta sama ada kemudahan tersebut boleh digunakan oleh parti politik.

Tanpa pendedahan ini, ruang spekulasi akan terus melebar. Antara soalan lain yang dibangkitkan netizen, adakah kerajaan PAS Terengganu memberikan fasiliti itu secara percuma? Lebih membimbangkan, adakah terdapat pembiayaan wang perbelanjaan awam yang disalurkan bagi menjayakan program pemukiman tersebut?

Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia menyentuh garis pemisah antara jentera kerajaan dan jentera parti. Jika benar aset awam digunakan untuk kepentingan parti politik tanpa peraturan yang sah maka ia berpotensi melanggar prinsip akauntabiliti dan keadilan penggunaan harta awam.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat segera bagi memastikan tiada unsur salah guna kuasa, penyelewengan atau konflik kepentingan. Dalam masa yang sama, pemimpin masyarakat dan rakyat Terengganu digesa membuat laporan rasmi supaya siasatan dapat dijalankan secara bebas dan menyeluruh.

















Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.