Dua kertas siasatan kes jual tanah kerajaan Terengganu dibuka – SPRM


Berita ini keluar di sumber pada 20 July 2023. Tiga tahun telah berlalu tetapi SPRM tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini telah ditutup.

Siber Walaun tidak percaya jadi Malaysia Hot memaparkan berita tentang kes penjualan tanah milik rakyat dengan harga yang tidak masuk akal ini.

Harga pasaran RM30juta tetapi dijual kepada 'persatuan isteri wakil rakyat' yang dipengerusikan oleh isteri Samsuri dengan harga RM500,000 sahaja. 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung salah guna kuasa kes penjualan tanah kerajaan Terengganu sebelum tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ditetapkan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau tidak tahu bila kes tersebut akan selesai.

”SPRM sedang melakukan dua kes berhubung tanah dijual yang diadukan mengatakan ada salah guna kuasa, pertama tanah yang dijual berhubung badan kebajikan ke persatuan isteri Exco, yang itu masih dalam siasatan.

“Kedua jual kepada Exco kemudian jual kepada badan lain lagi. Kedua-duanya kita ada buka kertas siasatan. Kita masih jalankan siasatan. Jadi jangan paksa kami siap (kertas siasatan) sebelum PRN pula, siasatan kita jalan cara adil, belum siap lagi apapun,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebidang tanah di kawasan bandar seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29.3 juta dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’) pada harga RM500,000.

Menurut Azam, pihaknya telah merekodkan keterangan daripada beberapa pihak namun beliau tidak pasti sama ada keterangan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah diambil.

Sementara itu, Azam memberitahu, Bilik Gerakan SPRM akan dibuka negeri-negeri yang terbabit dengan PRN untuk menerima maklumat dan memberi arahan kepada pegawai suruhanjaya itu.

Menurutnya, kini masyarakat lebih peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang membabitkan salah laku calon yang bertanding.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.